Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Fokus Persidangan ASEAN 2015

coc

Selepas rundingan di Tianjin, pemimpin China dan ASEAN masih jauh menuju Code of Conduct bagi Laut China Selatan.

Para pegawai senior dari China dan ASEAN bertemu di Tianjin, China bagi membincangkan pelaksanaan Deklarasi 2002 berkenaan  pengendalian parti-parti di Laut China Selatan (Declaration of Conduct, DoC) serta melanjutkan kerjasama ke arah hubungan yang lebih erat dalam hal Code of Conduct (C0C) bagi Laut China Selatan. Pertemuan tersebut mencetuskan ketegangan antara negara-negara anggota ASEAN; Filipina dan Vietnam, sementara China kekal sebagai kuasa tertinggi di Laut China Selatan, selepas China menghabiskan masa selama 18 bulan menjalankan aktiviti pembentukan pulau buatan manusia dan kerja-kerja pembinaan di kepulauan Spratly. China telah bersetuju memulakan perbincangan perihal Code of Conduct bersama-sama ASEAN pada tahun 2013.

Pertemuan Tianjin, merupakan perjumpaan kesembilan para pegawai bagi membincangkan isu Deklarasi 2002, masih jauh menuju pelaksanaan. Pemimpin-pemimpin pulang bersama-sama mekanisma baharu yang berupaya membantu mengekang kemajuan ketenteraan di Laut China Selatan: mereka bersetuju melaksanakan sebuah talian hotline milik kementerian luar khas bagi menangani sebarang bentuk kecemasan di sekitar Laut China Selatan. Menurut Reuters, mekanisma berkenaan bakal diumumkan secara rasmi dalam sebuah kenyataan bersama selepas perjumpaan menteri-menteri luar ASEAN pada minggu hadapan.

Para diplomat ASEAN mempuanyai penilaian berbeza berhubung pertemuan di Tianjin. Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman menyatakan bahawa pertemuan tersebut merangkumi “perkembangan penting berhubung isu Code of Conduct di Laut China Selatan”. Tambah beliau, “Sementara kami meneruskan dengan pelaksanaan DoC dan bekerja keras menuju pembentukan CoC, pembangunan yang berlaku akhir-akhir ini telah menimbulkan tekanan serta menghakis rasa percaya dan yakin dalam kalangan parti-parti yang terlibat.” Timbalan Menteri Luar Thailand, Noppadon Theppitak memberitahu bahawa negara berkenaan bersetuju untuk “mengekalkan kestabilan” di Laut China Selatan dengan cara “melaksanakan beberapa hal yang dipersetujui melalui pertemuan kali ini”. Ulasan beliau merujuk kepada rangka kerja yang sedang dilaksanakan bagi melaksanakan DoC untuk tahun hadapan.

Bagi China, yang menurut sejarah telah terheret sama ke dalam isu CoC, pertemuan kali ini merupakan sebuah forum yang penting bagi mendapatkan kepercayaan negara-negara ASEAN. China mula hilang kepercayaan daripada negara-negara terbabit selepas timbulnya isu pembentukan pulau buatan manusia di kepulauan Spratly. Sementara itu, timbang tara (arbitrasi) Filipina terhadap China di Mahkamah Kekal Timbang Tara (Permanent Court of Arbitration) di The Hague, isu Laut China Selatan telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan negara-negara ASEAN, setelah beberapa negara menyatakan hasrat mengurangkan penekanan terhadap isu Laut China Selatan bagi mengekalkan hubungan baik dengan negara tersebut. Jurucakap Menteri Luar China, Lu Kang, dalam sebuah kenyataan akhbar sebelum persidangan Tianjin berkata,

“Para diplomat dari negara-negara ASEAN akan bersama-sama Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin pada pertemuan nanti bagi membincangkan perlaksaan DoC secara menyeluruh serta efektif, ditambah dengan kerjasama pragmatik maritim dan rundingan kehadapan tentang CoC di Laut China Selatan di bawah rangka pelaksanaan DoC.”

China tidak meletakkan kepentingan kepada perbincangan isu CoC, malahan telah mengenalpasti cawangan dalaman ASEAN berhubungan isu ini: memandangkan hanya empat buah negara anggota ASEAN merupakan claimants di Laut China Selatan. Dalam pada masa yang sama, Beijing meletakkan kepentingan kepada bentuk pertemuan seperti di Tianjin sebagai suatu cara membina kepercayaan serta mempamerkan keupayaan mereka memegang tampuk – meskipun kecil- di dalam perbincangan berterusan bagi mencapai CoC. Banyak daripada laporan akhbar tempatan China menegaskan bagaimana China dan ASEAN telah bersetuju mengekalkan keharmonian di Laut China Selatan serta bagaimana rundingan berkenaan bersifat “ramah dan spontan”. Namun, meskipun setelah tamat perjumpaan kali ini, pembentukan sebuah draf baharu CoC dilihat sukar dicapai dan memerlukan tempoh beberapa tahun yang akan datang. Sebelum China merelakan proses ini pada tahun 2013, ASEAN telah berjaya mencapai sebuah draf bagi CoC. Kini, selepas penyertaan China, segala pencapaian asal menurut draf asal harus diperbetul, dengan input daripada China. Ini bererti, peruntukan seperti pengharaman keseluruhan berkenaan aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan perlu dinilai semula.

Sementara itu, Beijing mendapat manfaat besar daripada penyertaan ke meja rundingan CoC. Untuk jangka masa lapan kali perjumpaan menteri bagi DoC dan CoC, China dilihat mampu menampakkan kuasa mereka ke atas kawasan perairan yang menjadi rebutan negara-negara sekitar tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Penyertaan dalam perbincangan telah menghalang sebarang bentuk kemajuan, membolehkan Beijing meneruskan aktiviti mereka di Paracel dan Kepulauan Spratly tanpa sebarang saingan daripada rangka kerja yang telah dipersetujui sebelumnya (kecuali deklarasi tidak terikat 2002).

Penangguhan kepada CoC, memberikan Beijing masa menguasai kepentingan di Laut China Selatan, ditambah dengan pulau buatan manusia serta kemudahan-kemudahan yang pada bila-bila masa boleh ditukar operasinya untuk tujuan ketenteraan. Sehingga China benar-benar berpuas hati dengan kedudukan mereka di Laut China Selatan, sebelum itu kita tidak akan nampak kemajuan sebenar CoC. Malangnya, ia bakal memakan masa bertahun-tahun dari sekarang.

Susunan: Nureen Adnan

Sumber : TheDiplomat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Washington Bertanggungjawab Atas Nahas Pesawat MH17

Next Post

Hamas Gesa PBB Tanggung Defisit Kewangan Agensi Bantuan Palestin

Related Posts
Skip to content