AS: ‘’Mahu Mengimbangkan Asia’’ di Laut Hindi

new delhi1
Ketua Kakitangan, Eastern Naval Command, Naib Laksamana BK Verma menyambut kedatangan Ashton Carter, Setiausaha Pertahanan AS di Visakhapatnam.

 

New Delhi, 3 Jun 2015- Jepun kelihatan bergembira dengan agenda lawatan Ashton Carter, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) ke India untuk bertemu dengan Manohar Parrikar, rakan sejawatnya.

Selain memperbaharui 10 tahun Perjanjian Rangka Kerja  Pertahanan (Defence Framework Agreement) antara AS dan India, Carter juga meminta India untuk mengajak sekali Jepun menyertai latihan tentera laut dua hala Indo-AS tahunan di Malabar.

Malabar merupakan inisiatif India-AS dalam menjalani latihan tentera laut selama 2 dekad lalu dan dengan mengajak Jepun untuk menyertai latihan tersebut akan menguatkan lagi mesej kepada China bahawa keakraban hubungan AS,Jepun dan India semakin kuat-sebuah pakatan AS dalam menentang projek China di Laut China Selatan.

Ini bukanlah kali pertama AS mengajak India untuk bergabung tetapi India secara konsisten menolak tawaran AS daripada terbabit sekali dalam pakatan tersebut. Apatah lagi mengajak Jepun menyertai Malabar pada Oktober ini.

India tidak mahu kelihatan seperti ‘’kumpulan tri-lateral India-AS-Jepun’’. Tambahan lagi, pada tahun 2007 Beijing pernah menggelar Jepun, Australia dan Singapura sebagai kumpulan ‘’anti-China’’, lapor Kementerian Pertahanan India kepada NDTV.

Menyeimbangkan Asia Semula

Namun, sebaliknya Carter pula mengeluarkan kenyataan bahawa lawatannya ke India bertujuan untuk ‘’menyeimbangkan Asia semula’’ dalam mengubah fokus Laut Hindi dengan menempatkan hampir 60% armada Tentera Laut AS termasuklah pembawa pesawat, kapal perang, kapal terbang dan helikopter sebagai protes AS terhadap China.

Dalam pertemuan kesemua menteri pertahanan di Singapura pada minggu lepas, Carter mengkritik China habis-habisan atas tindakan China menambak 2,000 ekar tanah di Pulau Spratly, Laut China Selatan bagi  membina jalur pendaratan. Katanya inilah punca ketegangan berlaku di rantau ini.

Sumber: www.ndtv.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

India Rakan Baik Israel

Next Post

Pertembungan Hegemoni antara Amerika Syarikat dan China

Related Posts
Skip to content