China peroleh tanah lebih banyak daripada SHTI

Presiden Maldives Abdulla Yameen, kiri, bersalaman dengan Presiden China Xi Jinping. © Reuters

Hutang besar akan memaksa Maldives untuk menyerah tanah kepada China seawal 2019, menurut Mohamed Nasheed, bekas Presiden Maldives.

“Hutang 1.5-2 billion tidak akan mampu dibayar oleh Maldives kepada China,” beritahu Nasheed kepada wartawan Nikkei Asian Review dalam suatu temu bual di Sri Lanka. Beliau menyatakan hal ini kerana pendapatan kerajaan terutamanya daripada industri pelancongan hanyalah 100 juta dollar sebulan.

Menurut beliau lagi, Januari ini, 80% hutang luar negara Maldives adalah kepada China. Hutang ini semua adalah untuk projek infrastruktur seperti jalan, jambatan, dan lapangan terbang, tetapi semua projek ini tidak digunakan. Malah, kadar faedah hutang Maldives juga makin melambung.

Jika Maldives tidak dapat membayar hutang sebelum 2019 atau 2020, China akan minta ekuiti pemilikan pelbagai pulau dan infrastruktur. Seterusnya, membolehkan mereka mendapat pegangan bebas ke atas tanah-tanah tersebut.

Katanya, “Tanpa melepaskan satu tembakan pun, China berjaya mendapat lebih banyak tanah berbanding apa yang diperolehi oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ketika kemuncak abad ke -19.” Menurut beliau, ketika ini sudah 16 buah pulau yang diambil alih oleh China di bawah tampuk kepimpinan Presiden Abdulla Yameen. Walaubagaimanapun Nasheed tidah menyatakan nama-nama pulau yang telah diambil China.

Semua infrastruktur ini dengan mudah boleh ditukar oleh China menjadi pengkalan tentera seperti apa yang sudah berlaku di Djibouti.

Sumber: Nikkei Asian Review 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Projek-projek China di Pahang

Next Post

Strategi Israel : Gerakan Pelobi

Related Posts
Skip to content