Jangan pandang rendah kemampuan Turki menjadi Kuasa Besar Dunia

Mig-29-fighter-jet-in-blue-sky-611157

Insiden Turki-Rusia baru ni mencetuskan satu isu yang besar dikalangan negara NATO-Rusia. Konflik ini tercetus hasil dari insiden Turki menembak jatuh jet pejuang SU-24 Rusia kerana dikatakan menceroboh ruang udara Turki.

Kekuatan pengaruh Turki melalui kekuatan “softpower” dan “smart power” sangat penting dalam membentuk landskap politik timur tengah dan negara Islam malah Barat sangat memerlukan pengaruh Turki di Timur Tengah.

Soft power didefinisikan sebagai satu kebolehan sesebuah negara untuk menarik dan mempengaruhi negara lain bekerjasama berbanding dengan cara paksaan, menggunakan kekuasaan tentera, memberi duit atau habuan. Ciri-ciri penting soft power ini adalah soft power tidak menggunakan paksaan. Kuasa soft power ini datang dari pengaruh budaya, kebijaksanaan menguruskan polisi luar negara dan nilai politik.

Smart Power pula merupakan satu strategi sesebuah negara yang mementingkan keseimbangan antara kuasa ketenteraan, dasar polisi luar negara, kerjasama serantau dan negara-negara luar serta pengaruh sesebuah negara melalui institusi sesebuah negara itu di negara luar.

 

Turki

erdogan-davutoglu-ile-gorusuyor-50027

Kekuatan Turki di Timur Tengah menjadi satu ancaman buat beberapa negara Eropah dan kuasa besar dengan kemenangan Parti AKP Turki  dalam pilihanraya baru-baru ini memberi satu kenyataan bahawa Parti AKP bakal mengekalkan momentum baru di Timur Tengah.

Turki mempunyai kekuatan “soft power” yang kuat di Timur Tengah dan di Eurasia, perkembangan ini sedikit membimbangkan negara Barat. Turki berjaya menarik pengaruh negara Islam dengan penggunaan “sympathy soft power”. Turki dinobatkan negara keempat tertinggi memberi sumbangan kepada pelarian dengan sumbangan mencecah $4.2 Billion pada tahun 2012 sahaja menurut laman web Todayszaman[¹].

Selain itu, Turki berjaya menguatkan pengaruh di negara-negara Islam dengan pembinaan masjid di negara-negara jiran yang mempunyai penduduk Islam. Soft power “mosque diplomacy” yang digunakan Turki adalah bagi mengukuhkan hubungan umat Islam[²] dan meningkatkan dinamika hubungan antara Turki dan negara Islam lain.

Contoh “mosque diplomacy” yang berlaku diantara Turki dan umat Islam adalah seperti projek masjid di Havana, Cuba dan Tirana, Albania . Kerajaan Turki berjaya menambat hati penduduk Islam di negara tersebut malah pembinaan masjid ini sama seperti strategi Tun Dr Mahathir di Bosnia-Herzegovina dimana beliau dijemput sebagai perasmi masjid baru yang dibina di sana.

oped

Di Asia pula, Turki meraih sokongan dan pengaruh penting dari negara seperti Malaysia melalui hubungan sejarah yang dimiliki diantara kedua-dua belah negara. Hubungan Turki Uthmaniyah dan Kerajaan Melayu Islam yang masih kekal sehingga kini memberikan Turki kekuatan dan sokongan kuat umat Islam di Asia Tenggara.

Hasil ini dapat dilihat melalui penubuhan pusat kajian Malay-Turkey yang diwujudkan di Malaysia dan juga di Turki. Malah, kini institusi di Malaysia juga telah mewujudkan “Centre For Malay World And Ottoman Studies” dengan kerjasama Fatih Sultan Mehmet University dari Turki. Kajian tentang hubungan dua hala ini sangat dialu-alukan oleh Turki dalam membina satu hubungan erat diantara Malaysia dan Turki.

Pengaruh Turki yang semakin kuat di dalam kalangan umat Islam seluruh dunia menjadikan Turki salah satu pemain yang penting di pentas global.Kehadiran Turki sedikit sebanyak menggusarkan Israel dan sekutu di dalam usaha mereka menguasai politik dunia.

Pada perang Iraq yang lepas, Erdogan menggunakan kuasa beliau bagi menghalang Amerika Syarikat memasuki Iraq melalui laluan Turki. Di sini dapat dilihat bahawa Turki sedang berusaha membaiki hubungan negara serantau terutama negara-negara Islam di timur tengah dan di Davos, Erdogan berjaya menyatakan pendirian beliau yang selari dengan umat Islam di seluruh dunia yang marah terhadap terhadap Presiden Israel Simon Peres pada ketika itu. Baru-baru ini juga pada krisis pelarian Rohingya, Turki menghantar kapal bagi membantu pelarian myanmar yang terkandas di laut. Dengan usaha ini, Turki berjaya meningkatkan sokongan dan imej Turki di mata rakyat negara Arab dan dunia Islam secara keseluruhanya.

Turki juga mempunyai kekuatan tentera yang tidak kurang hebatnya dengan kekuatan tentera Turki menduduki tempat ke-10 dunia[³]. Turki telah melancarkan pelbagai operasi di seluruh dunia seperti di Afghanistan, Bosnia, Kosovo, Cyprus, Perang Korea dan operasi menentang pengganas Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Islamic State of Iraq and Syria.

Operasi menentang pengganas ini masih beroperasi sehingga hari ini. Penggunaan ketenteraan ini menunjukkan Turki bukan sahaja berkebolehan dalam menggunakan diplomasi sebagai kuasa politik malah Turki mempunyai kekuatan tentera yang mampu menyaingi negara barat dan mampu menggunakan kekuasaan ketenteraan seandainya perlu apabila jalan diplomasi sudah tertutup.

Hasil dasar polisi luar negara Turki di Timur Tengah dan negara Islam, Turki berjaya membina satu kuasa politik yang kuat dan mendasar di dalam hubungan Turki dan negara-negara Islam di seluruh dunia dan elemen ini sangat penting dalam situasi terkini Timur Tengah.

Rusia kehilangan sahabat politik kerana kurangnya kuasa “soft power” Rusia bersama negara Islam. Umat Islam berjaya membaca permainan Rusia yang cuba mengikat umat Islam untuk bersama Rusia dan meninggalkan blok dunia Barat namun tampaknya Rusia tidak jauh bezanya dengan Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, hasil diplomasi Turki yang bijak bersama negara-negara Islam seperti Malaysia, umat Islam di seluruh dunia kini mempunyai satu entiti yang kuat bagi menempuhi ancaman Barat dan Rusia.

Kegusaran umat Islam di era ini adalah bahawa kita tidak mempunyai rakan sekutu yang mampu menandingi negara Barat dan kurangnya kepercayaan umat Islam terhadap sekutu negara Islam. Negara Islam lain perlu berusaha membangunkan dasar hubungan luar yang lebih mantap dan bijak menangkis peluru-peluru pengaruh negara Barat.

Negara Islam perlu berhenti bercakaran sesama sendiri hanya kerana bagi melindungi kepentingan negara masing-masing dengan melihat kepada kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Kebijaksanaan Turki ini sepatutnya dimanfaatkan negara Islam dalam bersama bersepakat membangunkan dan membantu negara Islam yang tertindas seperti Palestin dan juga melindungi kepentingan umat Islam di seluruh dunia.

 

 

Amirul Asyraf
Penganalisis IRIS

Rujukan:
1.http://www.todayszaman.com/national_turkey-donated-34-billion-in-aid-in-2012_330108.html
2.http://www.iium.edu.my/news/soft-launching-centre-malay-world-ottoman-studies
3.http://www.globalfirepower.com/countries-listing.asp

3 comments
  1. Islam tu agama bukan bangsa, masih xpaham-paham, apa yang berlaku kat negara dan bangsa lain xda kaitan langsung dengan u, yang u nak sibuk tu buat apa, pernah dengar orang sebut I ialah umat christian, umat buddha, umat hindu, umat xxx, yang diorang tau tu dia bangsa apa je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Perang Siber’ semakin meruncing!

Next Post

Seruan Zionisme: Israel Perlu Perluas Kawasan

Related Posts
Skip to content