Laut China Selatan – China vs AS

China mendakwa Laut China Selatan sebagai laut miliknya sendiri. Kesemuanya sekali, termasuklah permukaan laut, sumber-sumber yang berada di bawahnya, dan ruang udara di atas.

“Dari perspektif China, Laut China Selatan adalah negara mereka sendiri dan mereka tidak mahu mana-mana pihak untuk berada di situ,” kata Jean-Francois Fiorina, Naib Dekan Grenoble Ecole de Management. “Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor strategik dan ketenteraan, lalu mereka mesti melindungi dan menjamin jalan maritim, yang membenarkan perniagaan eksport produk-produk China.”

Beijing yang ingin membuat peraturan navigasi sendiri, pernah mengkritik operasi kebebasan navigasi oleh AS di Laut China Selatan sebagai suatu pelanggaran kedaulatan wilayahnya.

Sementara itu, Armada Pasifik AS telah membuat rancangan bagi menunjukkan kekuatannya sebagai amaran kepada China dan membuktikan keazaman AS dalam menentang aktiviti ketenteraan Beijing. Pelan itu akan memperlihatkan kapal terbang dan kapal-kapal AS melalui berhampiran dengan Laut China Selatan dan Selat Taiwan.

Pada hari Ahad (30hb Sept 2018), kapal pemusnah China hampir berlanggar dengan sebuah kapal perang AS apabila ia berlayar dalam lingkungan 41 meter (135 kaki) daripada USS Decatur.

“Walaupun terdapat gangguan sebegitu, tentera laut Amerika Syarikat akan terus terbang, belayar dan beroperasi selagi undang-undang antarabangsa dan kepentingan negara membenarkan. Kami tidak akan terkesan. Kami tidak akan berundur,”kata Mike Pence, Naib Presiden AS.

“Apabila dua kuasa besar berhadapan antara satu sama lain, ia adalah wajar bagi mengekalkan baki tentera yang sepatutnya untuk mengelakkan konflik berada luar kawalan,” katanya. “Negara-negara lain di Asia Tenggara akan menghadapi kesukaran kerana tersepit di antara dua kuasa besar.”

Kementerian Pertahanan China tidak serta-merta mengulas laporan itu, bagaimanapun seorang pemerhati diplomatik Cina berkata bahawa perluasan operasi AS dari Laut China Selatan ke Selat Taiwan akan menyebabkan konfrantasi semakin menjadi-jadi.

“Mungkin perang yang seterusnya akan tercetus di rantau Laut China Selatan,” Tambah Fiorina. “Banyak negara bimbang tentang lanskap geopolitik masa hadapan.

NUR ‘ATHIRA BINTI FAISAL SABRI

Ahli,

Network of Muslim World Youth Thinkers (WORTH).

Rujukan:

Forbes

South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ucapan penuh Tun Dr. Mahathir di UNGA ke-73

Next Post

Sinicization of Malaya

Related Posts
Skip to content