Menteri Syiah yang telah membunuh Khalifah Islam

MENTERI SYIAH YANG TELAH MEMBUNUH KHALIFAH ISLAM

Pengkhianatan Syiah di dalam sejarah umat Islam bukanlah sekadar dengan kelompok daulah Syiah Fatimiyah. Bahkan terdapat juga pengkhianat secara terus daripada dalam secara individu terhadap khalifah Islam itu sendiri.

Inilah yang dilakukan oleh Ibn al-Alqami yang merupakan penganut Syiah Rafidah Imam 12. Dia juga berperanan sebagai seorang penasihat (menteri) di bawah al-Musta’sim iaitu Khalifah Abasiyyah yang berpusat di Baghdad. Ibnu Kathir ada mengisahkan kisah pengkhianatannya di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah.

Bertaqiyyah sehingga diangkat menjadi pemimpin
Kebenciannya terhadap umat Islam Sunni sudah lama terpendam lagi, namun dia ‘taqiyyah’ keimanan tersebut sehingga orang ramai sering melihatnya sebagai seorang yang sangat zuhud dan wara’ serta layak diangkat menjadi pemimpin. Namun kebencian ini terbukti apabila dia mendengar kebangkitan sebuah empayar Mongol yang berkembang dengan kekejaman, lantas  mengutuskan surat kepada Hulagu Khan:

“Aku akan bantu engkau menawan kota Baghdad dengan syarat engkau hapuskan Khilafah orang Islam”

Sejak daripada itu bermulalah pengkhianatan dia daripada dalam. Antara perkara yang dilakukan adalah menasihati khalifah untuk mengurangkan seramai 50,000 tentera di Baghdad dengan pelbagai alasan yang di buat. Selain itu, dia juga menasihati supaya puluhan ribu tentera Islam yang dikenali sebagai pasukan elit tentera yang selalu berada di barisan hadapan diubah posisinya hanya sekadar menjadi pengawal di pasar-pasar atau masjid.

Setelah perubahan besar itu berlaku, dia telah mengutus surat lagi kepada Hulagu dengan memberitahu bahawa tentera yang berada di Baghdad hanyalah sekadar 10,000 orang. Dalam surat itu juga dia menyatakan secara terperinci kedudukan bangunan utama, laluan-laluan serta kelemahan kota Baghdad. Bukan setakat itu, dia juga menyuruh supaya Hulagu menyerang daripada Utara sedangkan dia telah menghasut khalifah untuk meletakkan tentera di bahagian selatan dan timur kota.

Image result for baghdad di serang hulagu khan

Jadinya dengan perancangan lengkap tersebut, akhirnya Baghdad diserang dan jatuh dengan sangat mudah. Dalam suasana kejatuhan tersebut, sekali lagi dia telah bertindak khianat dengan menasihati khalifah bertemu dengan Hulagu kononnya untuk berdamai di luar kota. Namun hakikatnya ia hanyalah satu perangkap yang membawa penangkapan serta dibunuhnya khalifah dengan sangat kejam yang diperintahkan oleh Ibn al-Alqami sendiri iaitu digulung di dalam tikar serta dipijak oleh tentera dan kuda-kuda Hulagu hinggalah wafatnya khalifah.

Baghdad diserang
Keesokan harinya, Hulagu terus masuk ke kota Baghdad dan membunuh seluruh umat Islam di sana termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua. Ibn Kathir menggambarkan suasana penyembelihan berjalan selama 40 hari itu amat menyeramkan sehinggakan kota Baghdad itu dibanjiri dengan darah-darah umat Islam. Tiada siapa yang dapat selamat daripada penyembelihan tersebut melainkan Kristian dan Yahudi yang duduk di rumah Ibn al-Alqami kerana telah tahu perancangan itu daripada awal. Dianggarkan terdapat lebih 1.8 juta mayat manusia terdampar akibat penyembelihan tersebut.

Setelah ditawannya kota Baghdad, berlaku perbezaan pandangan sejarawan terhadap nasib ibn al-Alqami. Sebahagian menyatakan Hulagu telah melantiknya kembali menjadi menteri terhadap kerajaan baru yang didirikan di sana. Namun sebahagian lagi menyatakan dia telah dibunuh oleh Hulagu sambil menyatakan seorang pengkhianat tidak layak diberikan sebarang kepercayaan.

Kesimpulan
Inilah hakikat peristiwa hitam sejarah umat Islam yang telah berlaku dan tiada siapa dapat menafikannya. Tidaklah peristiwa ini terjadi melainkan kerana dua perkara iaitu kelicikan Ibn al-Alqami sendiri serta kenaifan pemimpin serta umat Islam ketika itu.

Namun bagi saya punca yang paling utama adalah kenaifan itu kerana apabila kita mula gagal membezakan antara kawan mahupun lawan maka kita sedang menanti saat kehancuran. Moga kenaifan ini tidak kembali dalam jiwa umat hari ini. Cukuplah bayaran darah 1.8 juta jiwa umat sebagai pengajaran untuk kita.

Ambillah pengajaran wahai orang yang berakal.

Oleh:
Muhammad Firdaus bin Zalani
2 Syawal 1440H

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat Perlambangan Ketupat dalam Pemikiran Orang Melayu

Next Post

Falsafah Islam disebalik pintu rumah Melayu

Related Posts
Skip to content