Moscow: Bandar yang menyaksikan Masjid Terbesar di Eropah

 

57568eae6239428caa074dd488132ba2

Presiden Rusia, Vladimir Putin telah merasmikan pembukaan sebuah masjid di ibu negara Moscow yang merupakan salah satu masjid terbesar Eropah.

Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menghadiri pembukaan tersebut.

Masjid baharu itu yang didirikan di atas tapak bekas masjid lama yang dibina pada tahun 1904 yang kemudiannya dirobohkan pada tahun 2011, dapat memuatkan sehingga 10,000 orang Jemaah. Masjid ini merupakan salah satu daripada enam buah masjid di bandar tersebut.

Masjid Negara Moscow telah dibuka semula selepas sepuluh tahun usaha membaikpulih dijalankan.

Presiden Putin berucap ketika majlis tersebut, “ Masjid baharu ini adalah berharga bagi Rusia di mana saya mahu menegaskan bahawa Islam, di bawah undang-undang negara kita, merupakan salah satu daripada agama di Rusia yang mana penduduk Rusia menjadi penganutnya.”

“ Masjid ini akan menjadi sumber pendidikan, menyebarkan idea-idea kemanusiaan dan nilai sebenar Islam,” jelas Putin lagi. Beliau selanjutnya menyebut bahawa masjid itu merupakan usaha teras Moscow untuk menghalang pengambilan tentera oleh kumpulan pengganas.

“ Saya yakin bahawa Masjid Negara ini akan menyatukan bukan sahaja umat Islam semata-mata, malah juga penganut agama lain atas nama kebaikan.

Menurut Presiden Rusia itu lagi, “ tradisi pencerahan Islam telah dibangunkan sejak beberapa abad di Rusia. Hakikatnya rakyat berbilang  bangsa dan agama hidup bersama dalam keadaan aman damai di Rusia. Terima kasih kepada komuniti Muslim yang telah memberikan sumbangan berharga dalam usaha memelihara keharmonian masyarakat kita dan sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan dalam kalangan dan antara agama atas dasar toleransi agama.”

Presiden Putin menyatakan bahawa Islam pada hari ini merupakan bahagian penting daripada kehidupan rohani Rusia. “ Nilai-nilai kemanusian Islam seperti menghormati agama lain, mengajar erti belas kasihan, keadilan dan mengambil berat orang yang disayangi. Kami meletakkan nilai yang tinggi terhadap perkara-perkara ini,” tambah beliau lagi.

 

Terjemahan oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin

Sumber: Alwaght News & Analysis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Menggunakan Bom Perangsang Kanser ke Atas Kanak-Kanak Palestin

Next Post

TPPA: Amerika Syarikat dan Jepun Tekad Mahu Selesai Perjanjian Minggu Ini

Related Posts
Skip to content