Obama dan Belanjawan Ketenteraan Amerika Di Syria

 

Dirk Adriaensens, ahli BRussells Tribunal di Leuven, Belgium.

Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah membantu melancarkan lagi konflik keganasan di Syria dengan memberi sokongan dan bantuan kepada pengganas di negara tersebut, laporan diberikan oleh salah seorang aktivis anti-peperangan di Eropah.

“Qatar telah membelanjakan sebanyak 3 billion US dollar dan telah menyumbang sebanyak 70 pesawat yang dipenuhi dengan senjata api ke Turkeyto sebagai tanda sokongan mereka terhadap konflik yang sedang berlaku di Syria,” ulas Dirk Adriaensens, ahli BRussells Tribunal di Leuven, Belgium.

“Presiden Obama telah dilantik dalam sebuah pentas keamanan dan dianugerahkan Nobel Peace Prize, namun orang ramai di AS dan seluruh negara mengekspresikan kekecewaan mereka kerana Obama baru sahaja menyumbang kepada belanjawan terbesar untuk perang yang pernah dilakukan selepas Perang Dunia ke-2,” tambah Adriaensens lagi.

Beliau berkata lagi “ Obama turut menempah 8 kali ganda penambahan terhadap pesawat drone, operasi gerakan khas yang beroperasi sekurang-kurangnya di 134 buah negara, di mana jumlahnya adalah 2 kali ganda jika dibandingkan semasa pemerintahan Presiden George Bush. Penambahan mendadak gerakan khas yang berjaga malam dan bagi memburu orang luar turut dilancarkan di Iraq dan Afghanistan.”

Aktivis yang memperjuangkan keamanan mengecam tindakan Senator Republikan AS, John McCain dalam mengkritik jabatan polisi luar negara Obama yang membenarkan Rusia dalam memberi sokongan dengan menghantar bantuan ketenteraan di Syria.

McCain berkata bantuan yang dihantar Rusia ke kerajaan Syria merupakan “contoh lain bagaimana kerajaan yang kurang cekap dalam polisi luar negara telah memperkuatkan lagi pihak lawan dan menjejaskan kedudukan kita di mata dunia.”

Adriensens berkata bahawa ahli tentera Rusia yang dihantar ke Syria adalah dengan kebenaran Damascus dan beranggapan bahawa ianya “sah dan dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa.”

“Perbezaan antara Rusia dan gerakan khas yang sedang beroperasi di Syria ialah AS tidak diminta oleh kerajaan Syria untuk campur tangan dalam hal ini dan mereka sekarang sedang berada dalam ambang keretakan kedaulatan mereka.” beliau berkata lagi.

Pegawai AS turut mendedahkan bahawa Rusia sedang menggunakan ruang udara melalui Iran dan Iraq bagi membawa barang kelengkapan perang dan tentera ke landasan lapangan terbang baharu di Syria, menyebabkan AS menjadi semakin tertekan.

Sekurang-kurangnya tujuh kenderaan tentera jet pejuang Rusia Antonov An-124 telah berlepas dari lapangan Rusia pada minggu lepas bagi menghantar barang kelengkapan ke Syria, melalui koridor udara Iran dan Iraq. Laporan dari New York Times melalui pegawai AS.

Penggunaan koridor udara yang baru menyebabkan Moscow membantah secara terbuka usaha Washington dengan menyekat penghantaran dan ini menyebabkan AS semakin tertekan.

 

Terjemahan oleh: Khadijah Hanim Zulhaimi

Sumber: PressTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

8 Ahli Ikhwan Muslimin Dijatuhkan Hukuman Mati di Mesir

Next Post

AS Mahu Hapuskan Kerajaan Lain, Kata Pengasas Wikileaks

Related Posts
Skip to content