OBOR (One Belt One Road) Peluang atau Ancaman?

 

photo_2016-08-15_15-35-59

1) Pada tahun 2013, Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Economic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai One Belt One Road (OBOR). One Belt One Road memberi maksud One Belt iaitu (Silk Road) laluan sutera, sementara One Road pula merujuk kepada (Maritime Road) iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Di mana jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.

2) Tulisan ini akan membawa kita menilai apakah kepentingan dan fungsi OBOR (One Belt One Road) terhadap ekonomi, dasar luar, keselamatan (hegemoni) dan strategi China. Adakah projek OBOR ini hanya sekadar satu projek propaganda ataupun projek ini sangat penting kepada negara China untuk merealisasikan impian mereka menjadi kuasa dunia?

3) Terdapat 3 sudut pandang utama yang akan dilihat dalam memahami persoalan di atas iaitu, pengaruh dan fungsi OBOR terhadap strategi dasar luar China, pengaruh dan fungsi OBOR terhadap dasar keselamatan nasional China dan juga impak OBOR dari sudut ekonomi dan pengaruh projek ini terhadap keadaan politik serantau.

4) Strategi dasar luar China adalah untuk menjaga kestabilan politik parti Komunis, sistem politik sosialis, keselamatan nasional, kewibawaan dalam mempertahankan kawasan persempadanan, kesatuan kebanggsaan dan menjaga kestabilan sosial dan ekonomi. Xi Jinping meneruskan lagi dasar ini dengan membawakan slogan baru iaitu “China Dream” Impian China. Xi Jinping mengariskan dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui perancangan dasar luar ini (Zhongguo Moshi).

5) Pertama, menjelang tahun 2021, pendapatan per kapita GDP rakyat China pada tahun 2010, akan meningkat dua kali ganda. Ideanya adalah untuk membina masyarakat yang kaya (Xiaokang shehui). Dan yang kedua adalah untuk memenuhi impan China (Zhongguo Meng) mengembalikan semula kegemilangan Negara Cina (Zhonghua minzu weida fuxing).

6) Melalui matlamat ini, kebangkitan rakyat China, bukan sahaja terpakai kepada mereka yang beretnik Han, tetapi juga Cina diaspora di serata dunia. Objektif utama adalah untuk menyatukan semua orang Cina dan menghubungkan semua tanah yang ada di dalamnya orang Cina. Mereka ingin mengembalikan semula kegemilangan Middle Kingdom.

7) Dasar keselamatan nasional pula akan memperlihatkan kepada perkembangan bajet ketenteraan China dan saiz angkatan tentera mereka. Menurut laporan Stockholm International Peace Research Institute, dalam laporan ketenteraan yang dikeluarkan pada April 2016 ini, pada tahun 2015, China membelanjakan sebanyak $215 billion untuk ketenteraan. Dari tahun 2006-2015 perbelanjaan ketenteraan meningkat sebanyak 132%.

8) Manakala dari sudut ekonomi pula, data menunjukkan, projek OBOR akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi China. Projek OBOR dijangka menyumbang kepada peningkatan aset luar China kepada tiga kali ganda $6.4tn sekarang kepada hampir $20tn menjelang tahun 2020.

9) Dalam satu kajian yang dikeluarkan Rhodium Group dan Mercator Institute fo China Studies. OFDI (Global Stock Outbound Foreign Direct Investment) juga dijangka akan berkembang daripada $744bn kepada $2tn menjelang 2020. Menjadikan China pelabur terbesar dunia.

10) 
Rizab tunai China yang banyak iaitu sebanyak 12 trilion digunakan dalam pelaburan OBOR, supaya mereka boleh mendapatkan pulangan yang lumayan dan menukarkan reserve cash kepada aset. Kebanyakan aset-aset ini jika kita lihat daripada projek-projek yang mereka lakukan di serata dunia, adalah aset-aset strategik negara. Dengan pemilikan aset-aset strategik, seperti kawasan perlabuhan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, stesyen janakuasa tenaga, kawasan galian minyak dan gas asli, China telah mengawal nadi-nadi penting negara terbabit berupa sistem pengangkutan dan juga sumber tenaga. 

9) Pada 16 Julai 2015, kerajaan Malaysia telah membenarkan pelabur dari China untuk melabur sebanyak 30-40% di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Malaysia mengalu-alukan China melabur di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Malaysia mahu menjadi rakan aktif di dalam inisiatif ‘One Belt One Road’ China. 

10) Semasa kedatangan ke Malaysia pada November 2015, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menyatakan hasrat Beijing untuk membeli bond-bond kerajaan Malaysia. Hal ini mempengaruhi sentimen pelabur asing dan mengukuhkan lagi nilai ringgit dalam pasaran matawang. China Construction Bank (Bank Pembangunan China), mengumumkan penyenaraian bond 21st Century Maritime Silk Road bernilai RMB1 billion (Rm 667.1 juta) di Bursa Malaysia. Sepanjang tahun 2012 hingga 2014, syarikat hartanah terbesar China seperti Country Garden, R&F Properties dan Greenland Group membeli aset-aset tanah yang yang strategik.

11) Justeru, bagi memahami, adakah projek OBOR ini penting terhadap ekonomi, dasar luar, keselamatan (hegemoni) dan strategi China dalam menjadi kuasa besar dunia, serta apakah impaknya terhadap dunia secara umum dan Malaysia secara khusus, MILAD (Muslim Leadership Developement Centre) dengan kerjasama IRIS INSTITUTE (Interdisciplinary Research & International Strategy) dan CAPE (Centre for Alternative Policies and Economics) membawakan kepada anda seminar antarabangsa, yang akan membawakan tajuk “Understanding China’s New OBOR Plan and Its Implications” yang akan disampaikan oleh Dr Ahmad Murad, Pensyarah Kanan di Institut Pengajian China, Universiti Malaya. Butiran Lanjut boleh didapati di pautan di bawah.

Pendaftaran

photo_2016-08-11_16-34-36

Oleh:

Asyraf Farique
Ketua Editor FOCUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kompleks Arkeologi Sungai Batu Diisytihar Tamadun Terawal, Tertua Asia Tenggara

Next Post

Sekuriti makanan negara: Stok makanan hanya cukup 45 hari

Related Posts
Skip to content