Pantauan Berita: 1 Februari – 5 Februari 2017

Global

Hegemoni China melalui penguasaan di Laut China Selatan dan respon Steve Bannon; Amerika akan isytihar perang

Menurut rekod di Pentagon, tuntutan tanah China sahaja adalah 17 kali lebih luas daripada mana-mana tuntutan tanah yang dibuat oleh negara lain dalam tempoh 40 tahun ini. Semenjak Disember 2013, sebanyak 2,900 ekar (1,1170 hektar) tanah telah diperoleh sehingga Jun 2016 di sepanjang kawasan daratan di Laut China Selatan

Antara kawasan strategik yang telah diperoleh China adalah pelabuhan di Selat Melaka melalui kerjasama dengan pelabuhan Malaysia. Di perairan selat Melaka sahaja, kerajaan China telah membina pelabuhan Melaka Gateway, Pulau Carey dan Tanjung Bruas. Kajian daripada World Bank pada tahun 2015 menunjukkan Malaysia tidak memerlukan tambahan pelabuhan untuk menjalankan operasi perkapalan kerana prasarana yang sedia ada masih tidak digunakan dengan sepenuhnya.

Terdapat pandangan penubuhan pelabuhan ini adalah untuk mengambil alih peranan Singapura sebagai pelabuhan terbesar di rantau tersebut. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa pelabuhan baru tersebut ada kemungkinan menjadi pelabuhan tentera dan armada laut China bagi tujuan menjaga keselamatan pelaburan China. Ini ditambah lagi dengan pemantau Cuarteron Reef yang memiliki radar berkuasa tinggi yang mampu memantau sejauh 300km radius mencakupi perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Steve Bannon, penasihat terpenting Trump di majlis keselamatan nasional (Principal Committee of National Security Council (NSC)) menjangkakan perang di Laut China Selatan sebagai perang yang akan tercetus dalam 10 tahun akan datang sebagai respon kepada dominasi China di Laut China Selatan. Setiausaha dalam negara, Rex Tillerson yang merupakan sahabat rapat Bannon telah memulakan persengketaan tersebut dengan menghantar US Navy untuk menghalang usaha meluaskan lagi pulau buatan China di Laut China Selatan. China melalui kenyataan mereka di People’s Liberation Army website, juga telah merespon kepada tindakan AS sebagai perang dengan AS bukan sekadar slogan biasa tetapi adalah perkara yang akan menjadi reality.

 


Turki

Kekenduran pengaruh Amerika Syarikat di Turki, kemenangan buat China

Dalam satu analisa di The Diplomat bertajuk “In Turkey, US Loss is China Gain”, memberikan beberapa fakta tentang pelaburan China di Turki. Pada bulan lepas, China Daily melaporkan bahawa syarikat telefon pintar gergasi ZTE daripada China telah membeli 48.8 peratus saham syarikat Telekom Turki (sebuah syarikat menurut Forbes sebagai selalu melakukan risikan terhadap warga Turki dan musuh-musuh Erdogan). Di samping itu, bank terbesar di China dan dunia, Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), telah membeli Turkish Tekstil Bank pada Mei 2015. Dalam hal ini, bekas pegawai AKP telah mengeluarkan kenyataan bahawa bank pro-erdogan seperti AK Bank dan Halk Bank, Cengiz Holding (sebelum ini dimiliki oleh anak menantu Erdogan dan Menteri Tenaga Nasional Turki, Berat Albayrak), Limak and Kolin Group, dan Çalık Holding sedang berunding bagi pelaburan China di Turki.

FDI China di Turki juga boleh meningkat pada tahun akan datang. Sehingga tahun 2016 sahaja FDI China di Turkey mencecah $642.3 juta. Selain itu, The Daily Sabah melaporkan bahawa “syarikat keretapi Turki iaitu Turkish State Railways merancang untuk memperuntukkan hampir $ 45 bilion bagi pembinaan 10,000 km laluan keretapi bagi kereta api berkelajuan tinggi yang baru dan 4,000 km laluan keretapi baru menjelang 2023. Kebanyakan keretapi tersebut akan dibina oleh syarikat-syarikat China… ”

Usahawan di  Turki juga dilaporkan banyak mengimport barangan dari China dan kadar import meningkat dari 11.5% kepada 17%.  Berdasarkan bancian oleh Kementerian Ekonomi Turki, terdapat sebanyak 786 syarikat daripada China yang berdaftar di Turki sehingga tahun 2017 dan akan meningkat pada masa akan datang. Syarikat-syarikat tersebut kebanyakannya dalam sektor sumber mentah dan perlombongan. Pengeksport Turki ke China pula meningkat sebanyak 1.6% setiap tahun selama 5 tahun ini.

Menurut Daily Sabah, ICBC juga telah membuat perjanjian dengan Bank pusat Turki dan Bank-Bank di China menggunakan lira Turki dan yuan China dan bukannya dolar dan euro. Sudah, 450 juta lira Turki telah ditukar pada bulan Disember. Erdogan percaya bahawa dengan mambawa China lebih dekat kepada Turki, boleh membawa manfaat kepada usaha menaiktaraf isu umat Islam di China seperti isu etnik Uighur.


Disediakan oleh:

Unit Pantauan Berita dan Analisa IRIS INSTITUTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sri Lanka terjatuh dalam perangkap pelaburan China?

Next Post

Protected: Pantauan Berita: 3 Februari – 6 Februari 2017

Related Posts
Skip to content