Parlimen Turki dibuka bagi penggal ke-25

turkish-parliament-jpg20150623160300

Parlimen Turki telah mengadakan persidangan parlimen yang pertama bagi penggal ke-25 selepas penangguhan (rehat) selama 2 bulan.

Ahli-ahli Parlimen yang baru yang dilantik akan mengundi dalam undian rahsia pada 30 Jun untuk melantik Speaker Parlimen baru mereka.

Deniz Baykal yang baru dilantik dari Republican People’s Party (CHP) telah mempengerusikan mesyuarat tersebut sebagai speaker dewan. Baykal telah diberikan penghormatan untuk mempengerusikan mesyuarat, kerana beliau merupakan ahli paling senior dalam kalangan ahli parlimen. Beliau akan memegang jawatan tersebut sehingga speaker baru dilantik.

Dalam ucapan beliau pada majlis pembukaan, Baykal berkata bahawa parlimen kini mewakili semua rakyat, bukan sahaja mewakili rakyat yang mengundi mereka.

Calon bagi kerusi speaker parlimen akan mengemukakan permohonan mereka selepas upacara angkat sumpah dibuat. Tarikh akhir bagi permohonan adalah pada 28 Jun pada jam 12.00 pagi.

Menurut Perlembagaan Turki, pelantikan speaker dewan akan dijalankan melalui undian secara rahsia. Undian pertama dan kedua akan diadakan pada 30 Jun, yang memerlukan majoriti sebanyak dua pertiga dari keseluruhan ahli. Pada undian yang ketiga, bakal diadakan pada 1 Julai dan majoriti keseluruhan diperlukan.

Sekiranya perkara itu tidak dapat dicapai, undian keempat akan diadakan pada hari yang sama dalam pertembungan antara dua calon yang menerima undi tertinggi pada pengundian yang ketiga.

Dalam situasi tiada parti yang memperoleh majoriti yang diperlukan bagi mewujudkan kerajaan satu parti, mereka semua dijangka untuk berunding bagi mewujudkan pakatan berikutan parlimen sesi baru dibuka.

Perlembagaan Turki menetapkan bahawa sebuah kerajaan baru perlu ditubuhkan dalam tempoh 45 hari selepas pilihanraya parlimen dibuat.

Jika masih tiada kerajaan baru ditubuhkan, pilihanraya baru akan dibuat.

 

Sumber : AnadoluAgency

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Manual Perang Amerika: Wartawan Jadi Sasaran

Next Post

FF3 : Misi Hapus Sekatan Gaza Tetap Diteruskan

Related Posts
Skip to content