Pelajar Muslim Kenya dipaksa hadiri upacara gereja

kenya-jpg20150630145158

Pemimpin berjanji untuk membangkitkan isu di Parlimen berikutan laporan bahawa pelajar Islam di sekolah tinggi perempuan dipaksa untuk menghadiri upacara gereja Kristian atau akan dibuang sekolah.

 

NAIROBI, Kenya

Pemimpin Islam di Kenya telah menyuarakan kemarahan atas aduan bahawa pelajar Islam di sekolah tinggi perempuan di Mombasa County telah dipaksa untuk menghadiri upacara gereja Kristian atau dibuang sekolah.

Pelajar Islam di Sekolah Tinggi Bura Perempuan mengatakan mereka terpaksa menghadiri upacara gereja Kristian, iaitu suatu pelanggaran kepada hak perlembagaan bagi mereka dalam kebebasan beragama.

Abdulswamad Nassir, yang merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan di mana sekolah itu terletak, beliau telah menerima beberapa aduan daripada ibu bapa yang berkenaan.

“Ibu bapa dan kanak-kanak sekolah telah melawat pejabat saya untuk membuat aduan bantahan,” kata Nassir. “Mereka telah menjelaskan kepada saya bagaimana mereka [pelajar Islam] sedang dilucutkan hak [agama] mereka.”

“Mereka memberitahu saya bahawa, di sekolah, pelajar perempuan Islam kita dipaksa untuk menghadiri upacara gereja,” beliau menambah.

Aden Bare Duale, pemimpin majoriti dalam Dewan Negara Kenya, bagi pihaknya, beliau berjanji untuk menaikkan isu ini kepada Menteri Pendidikan, Yakub Kaimenyi.

“Saya akan memaklumkan kepada Prof. Kaimenyi [mengenai dakwaan],” kata Duale.

“Kami akan memberitahu beliau bahawa guru-guru tersebut  adalah orang-orang yang cuba ‘merosakkan’ Kenya – di mana umat Islam dan Kristian di Kenya, dan suku kaum dan agama lain, hidup bersatu,” kata beliau.

“Di Sekolah Sheikh Khalifa, tiada langsung pelajar Kristian dipaksa untuk memasuki masjid,” tambah Duale, merujuk kepada sebuah sekolah Islam di pantai Kenya yang terdiri daripada pelajar Islam dan Kristian.

Menurut laporan, 40 orang pelajar Islam digantung dari sekolah minggu lepas kerana gagal menghadiri upacara gereja hari Ahad. Kemudian, ibu bapa kepada pelajar yang digantung pergi ke pejabat Nassir untuk membuat aduan, mendesak Ahli Parlimen tersebut berjanji untuk membangkitkan isu sensitif ini di Parlimen.

“Saya telah menulis petisyen dan saya secara rasmi akan membentangkan isu ini di Parlimen pada minggu hadapan,” kata Nassir.

 

Larangan berhijab

Pertikaian antara agama di sekolah-sekolah bukanlah suatu perkara yang baru bagi Kenya yang majoritinya adalah penganut Kristian, dan peratusan penduduk umat Islam hanya 11 peratus dari jumlah penduduk.

Pada bulan Mac, Majlis Imam dan Pendakwah mengutuk keputusan mahkamah tinggi Kenya mengharamkan hijab di sebuah sekolah di timur laut negara.

Mahkamah memutuskan bahawa memakai tudung itu adalah suatu tindakan ‘diskriminasi’ dan melanggar peraturan sekolah.

Majlis Imam dan Pendakwah memberi respon balas kepada pemerintah dengan menuduh mahkamah sengaja mengabaikan Perkara 32 Perlembagaan, yang menyatakan bahawa rakyat Kenya “tidak akan dipaksa untuk bertindak, atau melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan, yang bertentangan dengan kepercayaan atau orang itu agama.”

 

Farris Hanafi

Sumber : AA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

ISIL Dalang Boko Haram Mengganas di Nigeria

Next Post

Mahkamah AS Benar Guna Dadah Berbahaya Dalam Hukuman Mati

Related Posts
Skip to content