Perkembangan Operasi Anti-Keganasan Turki

copyright_aabadoluajansi_2015_20150727172117

Parlimen Turki akan mengadakan mesyuarat luar biasa pada Rabu berikutan gesaan Republican People’s Party (CHP) untuk membincangkan berkenaan operasi ketenteraan menghadapi pemberontak Kurdi dan Daesh.

Turki telah melancarkan serangan udara terhadap pengganas Daesh dan Kurdistan Workers’ Party (PKK), yang disenaraikan sebagai salah satu pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Turki.

Pada malam Jumaat dan pada awal pagi Sabtu, jet pejuang Turki telah mengebom kem PKK di utara Iraq buat kali pertama dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu. Turki juga telah melancarkan serangan terhadap Daesh di Syria.

Pesawat perang Turki sekali lagi telah menyerang PKK di dalam dan di luar Turki pada malam Ahad.

Secara berasingan, polis Turki telah menahan seramai 590 orang, termasuk sekurang-kurangnya 37 warga asing, disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas di seluruh Turki, kata Perdana Menteri Ahmet Davutoglu pada hujung minggu lepas.

Davutoglu berkata, 302 orang telah ditahan pada hari Jumaat dan 288 yang lain pada hari Sabtu.

Serangan udara dan operasi anti-keganasan di seluruh negara dijalankan rentetan insiden 32 orang telah terbunuh di tenggara Turki dekat wilayah Sanliurfa pada 20 Julai dalam pengeboman bunuh diri dan pengganas Daesh telah dipersalahkan.

Berikutan operasi pengeboman itu, empat pegawai polis Turki telah terbunuh dalam pelbagai serangan; PKK didakwa bertanggungjawab ke atas salah satu dari mana-mana insiden tersebut.

asda

Turki menahan 1,050 suspek dalam operasi anti-keganasan seluruh negara

Pasukan keselamatan telah menahan 1,050 suspek di seluruh 34 wilayah Turki sejak ‘operasi anti-pengganas’ dijalankan di seluruh Turki.

Kebanyakan suspek didakwa anggota Daesh, Kurdistan Workers’ Party (PKK) dan Revolutionary People’s Liberation Party-Front (DHKP-C), kata wakil Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada hari Isnin.

Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa di bawah Artikel 4 perjanjian NATO, semua duta dari 28 sekutu NATO akan bertemu di Brussels pada hari Selasa berikutan permintaan Ankara dan operasi menentang keganasan kumpulan pengganas. Turki akan terus berjuang menentang ancaman pengganas dari luar dan dalam, kata kenyataan itu.

Polis berkata 15 orang yang disyaki mempunyai hubungan dengan Daesh ditahan dalam serbuan di wilayah Ankara pada pagi Isnin. Di wilayah timur Erzurum, 34 orang telah ditahan dalam satu operasi anti-PKK.

Di wilayah tenggara Diyarbakir dan Mardin, pasukan keselamatan menahan 135 orang dalam satu lagi operasi anti-PKK. Pistol, senapang patah, peranti bahan letupan, koktel molotov dan bahan-bahan letupan lain juga telah dirampas, kata Direktorat Keselamatan Wilayah Diyarbakir.

Di wilayah selatan Antalya, 20 orang telah ditahan dalam satu operasi anti-PKK.

Di wilayah barat daya Mugla, polis menahan enam orang yang didakwa dikaitkan dengan PKK. Di wilayah selatan Mersin, pasukan keselamatan menahan 16 orang dalam satu operasi anti-Daesh dan turut merampas empat senapang, termasuk senapang patah.

Di wilayah tenggara Batman, sembilan orang telah ditahan. Polis berkata bahawa enam daripada sembilan suspek merupakan anggota Patriotic Revolutionist Youth Movement (YDG-H) yang dikaitkan dengan PKK, manakala selebihnya telah dikaitkan dengan Daesh.

Di wilayah tenggara Gaziantep, pasukan keselamatan menahan 21 orang dalam satu operasi terhadap Komuniti Kesatuan Kurdistan (KCK), sebuah pertubuhan naungan PKK. Polis berkata, mereka sedang mencari 14 lagi suspek di kawasan itu. Satu pistol tanpa lesen, tiga senapang berlesen, empat majalah, 104 kartrij, dua balaclava, sembilan telefon bimbit, 10 buah komputer, sembilan kad SIM telefon bimbit dan dokumen yang dimiliki mereka turut dirampas dalam operasi itu.

*Daesh merupakan nama lain bagi pengganas Islamic State atau IS.

 

Susunan : Farris Hanafi
Sumber : AA[1][2]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel Beli Hartanah di Utara Iraq Bawah Kawalan ISIL

Next Post

Zionis Mencemari Kesucian Al-Aqsa, Hamas Seru Bangkit

Related Posts
Skip to content