Pertolongan Israel Rahsia Kejayaan Tentera Singapura

singapura

Delegasi Israel ke Singapura

Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk sebuah misi rahsia. “Elazari dan dua pegawai lain ditugaskan untuk menubuhkan Kementerian Pertahanan,” Menurut Golan. “Tugas saya, bersama-sama dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera.”

Elazari berpesan kepada tenteranya, “Saya mahu anda ingat beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas anda adalah untuk mengajar mereka untuk membina tentera. Kedua, anda tidak pergi ke sana untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, anda bukan pedagang senjata.”

 

Merekrut Askar

Sebaik sahaja staf komander siap, ia mula bersedia untuk menubuhkan tentera sendiri. Israel bersedia untuk menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model IDF, dengan setiap rejimen mempunyai tiga kompeni askar bersenjata, satu kumpulan tambahan dan satu kumpulan pengurusan – yang keseluruhan berjumlah 600 tentera.

Leftenan Kolonel Moshe Shefi telah dihantar sebagai penasihat. “Kami mendapati bahawa terdapat tentangan psikologi untuk melatih rekrut baru di Singapura,” dia menceritakan. “Daripada 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Di tempat pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri berada di tempat kesembilan. Tentera dianggap sebagai pekerjaan hina. Di Singapura, tentera dianggap satu cara untuk mengatasi pengangguran. ”

Untuk mengelakkan diri dari menyertai tentera, kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berasal dari keturunan Cina menipu bahawa mereka telah bekerja. Kira-kira 70 peratus daripada yang dipilih tidak bekerja dan berasal dari Malaysia. Elazari dan Golan mengadu kepada Lee dan Goh, tetapi Lee mengatakan “Saya mahu anda untuk mengambil orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpendidikan dan menganggur,” katanya kepada mereka.

Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk beliau untuk menimbang semula, tapi dia bertegas: “Dalam Perang Dunia Kedua, saya melihat semua tentera British bijak dan berpendidikan tetapi sebagai askar,mereka tidak bernilai. Askar Jepun yang primitif mendapat arahan dan melaksanakannya, dan mereka adalah tentera yang luar biasa. Akhirnya tentera Jepun menewaskan tentera British. ”

Golan berkata, “Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bahawa ia bukan soal taraf pendidikan tetapi motivasi. Tentera Jepun berjuang kerana maharaja, yang baginya sama dengan Tuhan. Baginya, dia bersedia untuk mengorbankan hidupnya. Apa pula motivasi tentera British? ” Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.

Selain dari khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil model perkhidmatan simpanan dari IDF. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa diwajibkan untuk berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33. Satu sistem untuk menggerakkan servis ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melaksanakan latihan panggilan kejutan. Oleh kerana negara yang kecil dan kekurangan kawasan untuk latihan peluru hidup, Singapura terpaksa mendirikan pusat latihan di negara-negara jiran.

Kejutan Kereta Kebal

Keadaan di Singapura yang takut kepada serangan tentera Malaysia, bersama perkembangan pesat tentera Singapura, memerlukan Singapura kepada keperluan tambahan. Dengan penciptaan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam terhadap pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

Berdasarkan apa yang dikaji, mereka membentuk rancangan tentera laut berdasarkan sampan. “Bot yang diperbuat daripada kayu dan boleh membawa 10 hingga 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan di sungai,” kata Golan. “Dalam laut bergelora, mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kami meminta Singapura untuk membeli 20 bot dan kami menubuhkan sebuah pangkalan kecil di mana kumpulan infantri dilatih dalam serbuan dan pelayaran.”

Perang Enam Hari adalah masa kritikal kepada kumpulan Israel di Singapura. “Kami berasa lega Israel tidak dikalahkan atau SAF [Angkatan Bersenjata Singapura] akan hilang keyakinan dalam pelatih Israel, “Lee menulis. Pada bulan Januari 1968, Singapura mengambil keputusan untuk mewujudkan kor perisai. Satu perjanjian rahsia ditandatangani untuk membeli 72 kereta kebal AMX-13. Malaysia, jiran yang besar di negara ini,pada ketika itu tidak mempunyai kereta kebal.

Pada Hari Kemerdekaan, 9 Ogos 1969, satu kejutan besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia: 30 kereta kebal berarak. “Ia mempunyai kesan dramatik”, Lee menulis. Malaysia bimbang namun mereka memujuk kerajaan Malaysia bahawa mereka tiada niat tidak bermusuhan.

Berikutan kemenangan Israel pada tahun 1967, hubungan rahsia antara kedua-dua negara itu terserlah sedikit demi sedikit. Wakil Singapura di PBB mengambil langkah berkecuali untuk mengundi dalam resolusi mengutuk Israel yang ditaja oleh negara-negara Arab. Mereka mula menjalin hubungan diplomatik penuh. Pada bulan Oktober 1968, Lee dibenarkan Israel untuk mewujudkan satu misi perdagangan dan pada Mei 1969 kedutaan Israel telah ditubuhkan di Singapura. Status misi ketenteraan Israel ke Singapura diperkukuhkan.

Israel Mengasaskan Tentera Udara Singapura

Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata dalam cawangan tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat kepada Angkatan Bersenjata Singapura berkenaan dengan penciptaan tentera udara.

Tzivoni mendedahkan cubaan British untuk menjual “sampah”kepada Singapura dengan 50 juta pound yang mengandungi kapal terbang, helikopter, peluru berpandu. Namun dia menolak. Dibawah pengawasan Tzivoni, sebuah sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette 3 telah dibeli dan 40 mm senjata anti-pesawat juga telah diperolehi.

Uzis Dan Perarakan Lagu Israel

Selepas penciptaan rejimen infantri tentera Singapura itu, timbul persoalan tentang senjata apa yang akan digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, “sub machinegun” Israel. Pegawai Israel menolak idea tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960-an, tetapi hanya untuk jarak pendek.

Seorang tentera tetap memerlukan senapang serangan untuk jarak jauh.Wakil dari tentera Israel Industries menggesa Kementerian Pertahanan untuk menjual senapang baru Galil. Walau bagaimanapun, senjata tersebut masih belum siap sepenuhnya lalu mencadangkan Amerika M-16.

Israel berhadapan masalah berkenaan mortar untuk tentera yang baru. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60-52 mm dan 18 mm mortar. Senjata-senjata, yang telah dibangunkan dan dihasilkan oleh syarikat Soltam, di bandar Yokne’am, telah dijual kepada Angkatan Pertahanan Israel dan dieksport ke seluruh dunia. “Walaupun ini adalah mortar yang terbaik, kami mengambil keputusan untuk merujuk beberapa sumber bebas untuk mencapai keputusan,” kata Yehuda Golan.

Pasukan Israel bertanya kepada sebuah firma British untuk mengkaji satu siri mortar dan mencadangkan yang terbaik. Laporan itu menyatakan bahawa yang terbaik adalah mortar 18 mm yang dikeluarkan di Britain. Walau bagaimanapun, memandangkan harga, cadangan adalah untuk membeli produk Soltam itu.
“Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan ketenteraan, yang [Angkatan Bersenjata Singapura] SAF tidak pernah belajar dari` Mexicans.

“Kita tidak akan campur tangan dengan keputusan Singapura melainkan diminta,” menurut Golan. “Mereka mahu kami untuk menganjurkan perarakan Hari Kemerdekaan untuk mereka. Mereka memerlukan penyelesaian segera tentang rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, Yaakov Elazari, membawa lagu kawad dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu-lagu kawad Israel.

Buku Panduan Pertempuran Hutan

Rakyat Singapura menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura mempunyai hutan kecil seluas tidak lebih daripada lima atau enam kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Yehuda Golan memberitahu dia tiada ilmu tentang hutan.Pasukan Israel mengatasi perkara ini dan menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami memutuskan untuk menjalankan kursus tempur dalam hutan,” menurut Golan. “Kerana ingin tahu, saya mengambil keputusan untuk menyertainya.Mereka telah mengajar mereka cara British ketika Perang Dunia Kedua.Saya bersama 10 pegawai memasuki hutan dan mula melibatkan diri dalam permainan perang. Kita melatih pandu arah, membentuk pasukan, mencari dan serangan. Kami meneliti buku panduan Amerika pada pertempuran di Vietnam. Kami bangunkan kaedah pelayaran malam. Kami belajar bagaimana untuk berlawan dengan pihak lawan dalam semak yang tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis sendiri manual latihan Angkatan Tentera Singapura untuk pertempuran dalam hutan. ”

 

Terjemahan oleh: Syazana Aqilah

Sumber:  CS-UWEC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Komplot Lee Kuan Yew dan Israel Didedahkan

Next Post

Penyelesaian politik mampu tamatkan krisis Syria, kata Raja Salman

Related Posts
Skip to content