PIALA DUNIA 2018: PENGARUH CHINA MENGUNTUNGKAN RUSSIA?

Jika kemenangan Perancis dalam Piala Dunia baru-baru ini dibantu oleh kebanyakan pemainnya yang berasal dari benua Afrika, kejayaan Russia menganjurkan pertandingan berprestij ini pula sebenarnya dibantu oleh pengaruh yang datangnya dari negara China.

Skuad Perancis yang rata-ratanya berasal dari Benua Afrika (Sumber: ESPN)

Siapa sahaja yang mengikuti perlawanan piala dunia di Russia sejak dari hari pertama perlawanan berlangsung, semestinya tidak terlepas daripada melihat perkataan ‘Wanda’ dan ‘Vivo’ pada papan LED stadium. Wanda Group (Syarikat Hartanah) dan Vivo (Syarikat Pembuat Telefon Pintar) sebenarnya merupakan antara syarikat China yang terlibat dalam pelaburan lebih RM3 bilion sebagai wakil pengiklanan rasmi Piala Dunia 2018 [1]. Dua syarikat China lain yang melabur termasuklah HiSense (Syarikat Penerbit TV) dan China Mengniu Dairy iaitu sebuah syarikat tenusu di China.

Sebelum ini, tempat tersebut diisi oleh syarikat Sony, Emirates, Castrol, Continental dan Johnson & Johnson. Namun selepas kesemuanya enggan memperbaharui kontrak, Fifa dikatakan bergelut untuk mencari penaja baharu. Ruang tersebut mula diambil syarikat China untuk mula melobi bagi menjadi penaja.

“Vivo diterima baik oleh Fifa, itulah sebabnya [perjanjian tersebut] dapat diselesaikan dengan cepat,” kata Mark Gao, Ketua Pegawai Eksekutif agensi Momentum Sports, yang mengendalikan perjanjian penajaan[2].

Perjanjian Vivo itu hadir 18 bulan selepas peneraju e-dagang Alibaba menandatangani perkongsian dengan Piala Dunia Kelab FIFA. Ia seakan memberikan peluru tambahan kepada mereka yang percaya China akan membida untuk Piala Dunia 2030. Presiden Xi Jinping pula tidak pernah menyembunyikan minatnya terhadap sukan ini apabila pernah menyatakan tiga impiannya terhadap Bola Sepak China iaitu untuk layak, menganjurkan dan memenangi piala dunia (to qualify, host and win a World Cup)[3].   Galakkan ini memberikan satu petanda jelas bahawa China benar-benar serius untuk mula menjadi gergasi dalam sukan popular tersebut.

Dalian Wanda dan syarikat-syarikat China yang lain menyumbang sepertiga daripada rakan-rakan rasmi FIFA dan penaja Piala Dunia (Sumber: Reuters)

Jumlah kehadiran rakyat China ke Piala Dunia juga dilihat menunjukkan bahawa rakyat China mula menaruh minat yang mendalam terhadap sukan ini. Dikatakan lebih dari 100 ribu rakyat China hadir ke Russia semata-mata untuk menonton pertandingan berprestij tersebut.

Daripada survey yang dilakukan, peminat bola sepak dari China dan Amerika Syarikat mencatatkan perbelanjaan tertinggi daripada mana-mana negara luar yang lain iaitu bersamaan dengan 5.6 Bilion Rubles dan 4.1 bilion Rubles[4] . Perbelanjaan terbesar pemegang kad kredit China adalah kepada jualan baju iaitu sebanyak 26 peratus daripada perbelanjaan mereka. Namun ada juga yang membelanjakannya untuk barang-barang kemas dan jam tangan. Secara puratanya, rakyat China membelanjakannya hampir RM18,000 seorang sepanjang perjalanan 13 hari mereka.

Menurut Fifa, lebih daripada 40,000 tiket perlawanan dibeli oleh peminat dari China. Ini meletakkan mereka pada kedudukan ke 8 teratas dalam senarai pembeli tiket luar negara. Ianya merupakan fakta yang mengejutkan apabila China menjadi negara tidak layak kedua selepas Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi pembelian tiket berbanding 7,400 pada piala Dunia 2014. Jumlah peningkatan ini dikatakan cerminan daripada trend peningkatan jumlah penduduk kelas menengah dan pelancong di China.

Seramai 131 Juta penduduk China melancong ke luar negara pada 2017 iaitu peningkatan 7 peratus daripada 2016. Walaupun begitu data ini hanya dipenuhi oleh 10 peratus daripada penduduk China yang mempunyai passport sah. Ia menunjukkan bahawa peningkatan ini akan terus berlangsung pada masa akan datang.

Pengaruh China pada Piala Dunia di Russia sememangnya tidak dapat dinafikan. Ianya tidak hanya sekadar membawa implikasi ekonomi, tetapi jauh lebih dalam, bagaimana pengaruh wang China ini boleh membawa implikasi kepada politik Piala Dunia itu sendiri, pada tahun-tahun akan datang? Dan benar, ini hanya satu aspek sahaja iaitu sukan? Bagaimana pula dalam aspek yang lebih luas seperti  pengaruh wang China dalam politik antarabangsa? Sesuatu yang harus kita fikirkan. Teliti bagaimana China secara langsung dan tidak langsung menyebarkan “Soft Power” mereka.

Oleh:

Wafiq Azman
Penganalisis IRIS INSTITUTE

 

 

[1] https://www.aljazeera.com/indepth/features/china-influence-world-cup-russia-180701095302734.html

[2] https://www.scmp.com/sport/soccer/article/2097267/sponsors-fleeing-fifa-chinas-vivo-wanda-and-hisense-step-accelerate

[3]  https://www.aljazeera.com/indepth/features/china-influence-world-cup-russia-180701095302734.html

[4] http://www.ecns.cn/news/sports/2018-07-24/detail-ifywhfmh2719206.shtml

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PJ Solomon melantik Michael Gottschalk bekas Pengarah Urusan di Rothschild and Co

Next Post

Poseidon, Perluru Berpandu Balistik milik Russia

Related Posts
Skip to content