Poseidon, Perluru Berpandu Balistik milik Russia

Keupayaan Tentera Laut Rusia dalam melakukan serangan ditingkatkan dengan pengenalan senjata strategik yang diberi nama Poseidon atau Status-6. Rusia yang mengalami proses modenisasi di bawah pemerintahan Kremlin terutamanya dalam aspek ketenteraan menjadikan Tentera Rusia salah satu ketumbukan yang disegani negara-negara NATO dan Asia. Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sebuah sesi pengenalan 5 jenis senjata baru bagi Tentera Rusia menyatakan bahawa pengenalan senjata strategik termasuk Poseidon akan menjadikan sistem anti misil milik Amerika Syarikat tidak berkesan. Poseidon dikategorikan oleh pakar pertahanan sebagai peluru berpandu balistik antara kontinen atau ICBM dan menggunakan laut sebagai medium.

Bulan Julai 2018 menyaksikan Rusia melengkapkan pengoperasian senjata tersebut selepas proses ujian bawah laut dan modenisasi yang dilakukan. Senjata ini berfungsi seperti torpedo yang ditembak daripada dasar laut. Poseidon akan dikawal sama seperti UUV (unmanned underwater vehicle) atau kenderaan bawah laut tanpa manusia. Konsep peperangan bawah laut telah berkembang dalam abad ini dengan penyertaan Amerika Syarikat menerusi beberapa projek pengawasan bawah laut di Lautan Pasifik dan China yang baru memasuki industri ini. China dikatakan telah membina UUV yang mampu memberi ancaman kepada armada Tentera Laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan.

Kepala peledak Poseidon menggunakan bahan kimia Cobalt yang bersifat radioaktif semasa dipasang pada peluru berpandu tersebut. Jangka hayat bagi Cobalt (bergantung kepada isotope) adalah lebih kurang dalam lingkungan 53 tahun. Ini merupakan anggaran pakar pertahanan Barat. Dalam kata lain, jika sesebuah bandar itu disasarkan, masa yang diambil untuk tahap radioaktif menjadi selamat adalah 53 tahun. Secara ideal, Poseidon akan dilancarkan kepada negara yang mempunyai bandar-bandar utama di kawasan pantai seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Analisa Pengkaji

*Banyak informasi dan spesifikasi tentang Poseidon selepas modifikasi yang belum dinyatakan.

Berikut adalah spesifikasi kasar torpedo tersebut:

Diameter:2 meter
Panjang:20 meter
Berat kepala peledak:2 megaton (anggaran)
Gambar 1: Poseidon dalam penghasilan (Sumber: Youtube Kementerian Pertahanan Russia)

Konsep “dirty bomb” atau bom kotor menggunakan kepala peledak Cobalt mampu menjadi aset yang menentukan kemenangan Rusia. Pengkaji ingin membuka minda pembaca dengan sebuah kenyataan bahawa senjata peluru berpandu yang dilancarkan ke udara lebih mudah dipintas berbanding bawah permukaan laut. Di udara, dengan teknologi radar dan beberapa lagi sistem pengawasan, peluru berpandu dapat dipintas dengan sistem seperti AEGIS yang digunakan oleh US dan Jepun. Namun, di bawah permukaan laut, ianya merupakan sesuatu yang agak baru. Dengan mengambil kira Poseidon yang mampu bergerak tanpa dikesan, senjata yang ‘halimunan’ mampu memberi tekanan psikologi dan menjadi “bargaining chip” bagi Rusia.

Dalam beberapa insiden menarik, armada US pernah ‘ditenggelamkan’ dalam eksesais-eksesais yang melibatkan kapal selam negara jiran. Ini memberi perspektif bahawa masih lagi ada kawasan yang radar atau dalam konteks ini SONAR tidak dapat mengesannya.

China dikatakan sedang dalam proses memajukan senjata anti-kapal selam demi memastikan penguasaan laut di Laut China Selatan. Meskipun ancaman Rusia di Laut China Selatan adalah tipis, namun pengkaji berpendapat bahawa teknologi seumpama ini sedang dan telah digunakan oleh negara-negara seperti China dan Amerika Syarikat. Malaysia seharusnya mengambil kira ancaman ini dan memulakan proses modenisasi angkatan lautnya. Penambahan aset bagi menggantikan aset-aset yang lama penting dalam mengekang kemaraan angkatan China di Laut China Selatan.

Irfan Alias
University of New South Wales, Australia
Kolumnis Fokus

Rujukan:

  1. H I Sutton – Covert Shores. (n.d.). Retrieved from http://www.hisutton.com/Poseidon_Torpedo.html
  2. Analysis – Russian Status-6 aka KANYON nuclear deterrence and Pr 09851 submarine. (2016, January 06). Retrieved from https://www.geopolitica.ru/en/article/analysis-russian-status-6-aka-kanyon-nuclear-deterrence-and-pr-09851-submarine
  3. Sprang, R. W. (2018). The Evolution of Russian Operational Art. Small Wars Journal.
  4. Gray, C. S. (1982). Strategic studies a critical assessment. Westport, CT: Greenwood.
  5. Bruns, S. (2018). US Naval Strategy and National Security: The Evolution of American Maritime Power. Naval War College Review, 71(3), summer, 142-145.

[1] Sumber: Youtube melalui Kementerian Pertahanan Rusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PIALA DUNIA 2018: PENGARUH CHINA MENGUNTUNGKAN RUSSIA?

Next Post

Fabian Society dan Asal Usul Penubuhannya (Siri 1)

Related Posts
Skip to content