Sri Lanka terjatuh dalam perangkap pelaburan China?

1. Pada April 2016 yang lalu, Sri Lanka memohon untuk melakukan pertukaran ekuiti dengan China dengan membenarkan pemilikan ekuiti syarikat China ke atas syarikat milik kerajaan (SOE) Sri Lanka.

2. Hal ini berlaku kerana kerajaan Sri Lanka tidak mampu membayar balik hutang $8 billion dolar dalam beberapa projek infrastruktur yang dilaksanakan dibawah projek One Belt One Road China, antaranya adalah, projek Perlabuhan Hambantota dan juga Lapangan terbang Mattala. Hal ini boleh kita lihat melalui ucapan Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe September 2016 yang lalu.

“We are unable to continue paying off the debts of the Hambantota Port and the Mattala Airport while all efforts have been taken to keep SriLankan Airlines from winding up,” the Prime Minister said.

3. Bloomberg dalam satu laporan bertajuk “Sri Lanka’s Hambantota Port And The World’s Emptiest Airport Go To The Chinese” – Perlabuhan Hambantota dan Lapangan Terbang Paling Kosong di dunia jatuh ke tangan China, mendedahkan mengapa perkara ini terjadi.

 

Anda boleh perhatikan pada kotak merah: Perlabuhan Kuantan dan Perlabuha Hambantota

4.Projek infrastruktur yang pada mulanya bertujuan untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi Sri Lanka, bertukar menjadi musibah kepada negara itu sendiri. Hal ini kerana, projek ini diselebungi beberapa kepentingan. Antaranya isu korupsi dan rasuah Rajapaksa, bekas Presiden Sri Lanka (beliau dituduh menyalahgunakan dana kerajaan semasa projek ini dilaksanakan) , krisis hutang Sri Lanka, serta kesempatan yang diambil oleh China kerana lokasi Sri Lanka yang strategik dari sudut geografinya. China melihat ini satu peluang kerana Sri Lanka telah disenaraikan sebagai hub utama, dalam 21st century Maritime Silk Road. Perlabuhan Hambantota, yang terletak di Selatan Sri Lanka, adalah sebahagian daripada laluan maritim sutera yang akan China bina.

5. Di Malaysia, perlabuhan Kuantan termasuk dalam rangka projek OBOR ini. Malaysia juga membenarkan 40% pemilikan ekuiti asing terhadap pemilikan perlabuhan. Dasar baru yang diperkenalkan, berikutan projek One Belt One Road China ini.

80% pemilikan Perlabuhan laut Dalam Hambantota menjadi milik China Merchants Holding. Gambar: Wade Shepard.

5. China meminta 15 000 hekar tanah lagi di Hambantota untuk projek zon ekonomi khas (special economic zone) kerana Sri Lanka tidak mampu membayar balik hutang China. Mengikut pelan yang akan dilaksanakan, 80% pemilikan Perlabuhan laut Dalam Hambantota menjadi milik China Merchants Holding, dan IZP,  Firma tekonologi maklumat China akan mengambil alih lapangan terbang Mattala. Di samping 15 000 ekar tanah yang akan dipajakkan selama 99 tahun sebagai tukaran hutang sebanyak $1.1 billion dolar.
6. Pelan ini mendapat protes yang sangat besar oleh rakyat, tetapi Perdana Menteri Sri Lanka menegaskan bahawa projek ini akan mengeluarkan Sri Lanka daripada kemelut ekonomi dan menjadikan Sri Lanka sebagai negara yang berpendapatan tinggi.

“If we miss this chance now, we are going to miss it altogether,” he said while speaking to a crowd assembled at the Institution of Engineers last week.

7. Persoalan yang boleh kita utarakan di sini, adakah pelaburan ini akan menguntungkan negara terbabit, atau ianya satu bentuk penjajahan dalam bentuk yang tidak disedari? Lebih penting lagi, adakah China benar-benar ikhlas menolong ataupun terdapat sebarang tipu muslihat?

Saya tutup artikel pada kali ini dengan satu strategi Sun Tzu yang dipetik daripada buku China Safari: On The Trail of Beijing Expansion in Africa

To defeat your enemy first offer him help so that he slackens his vigilance; to take, one must first give

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pantauan Berita: 16 Januari – 20 Januari 2017

Next Post

Pantauan Berita: 1 Februari – 5 Februari 2017

Related Posts
Skip to content