Strategi Pivot To Asia-Pacific Obama – Satu Provokasi

images

Strategi Pentadbiran Obama pivot to Asia-Pacific adalah satu langkah provokasi yang mendatangkan ancaman kepada negara serantau, kata seorang aktivis anti-perang dan journalis.

“Polisi pivot Presiden Amerika Syarikat(AS) sedang dilaksanakan bagi mengepung dan mengawal China dan mengembalikan dominasi global Amerika sementara China bangkit” kata Bruce Gagnon kordinator Global Network Against Weapons & Nuclear Power in Space.

“China bukanlah ancaman yang sebenar akan tetapi polisi pivot ketenteraan Obama ke Asia-Pacific adalah ancaman sebenar” kata Gagnon kepada Press Tv pada Selasa lepas.

“Ia adalah satu tindakan gila, Ia adalah satu provokasi, ia memakan kos yang sangat tinggi dan ia mendatangkan implikasi terhadap alam sekitar” tambah beliau.

Pentadbiran Obama sedang cuba mengekalkan fokus mereka terhadap Asia yang digembar-gemburkan secara meluas semenjak 2011. White House membri alasan bahawa tiada rantau yang lebih berkepentingan kepada Amerika Syarikat untuk jangka masa panjang berbanding Asia.

Kata aktivis keamanan tersebut, bajet ketenteraan AS pada tahun lepas bersamaan 34 peratus perbelanjaan ketenteraan global, sementara China pada tahap 12 peratus dan Russia pada 4.8 peratus.

“ Jelas dilihat bahawa China dan Russia bukanlah ancaman ketenteraan kepada AS akan tetapi Amerika Syarikat itu sendiri yang mencetuskan ketidakstabilan di rantau ini”.

Kata Gagnon penekanan Pentagon terhadap kapal pengangkut pesawat di Pacific adalah secara ekonominya tidak dapat ditamoung dan ketinggalan serta memufliskan negara.

Para pemerhati percaya usaha Amerika meningkatkan kehadiran mereka di rantau Asia-Pacific ditujukan untuk mengekang China

 

Terjemahan Oleh : Amirul Asyraf

Sumber:presstv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masyarakat Muslim Filipina Bantah Label Rasis – “Muslim Type”

Next Post

Agenda AS di Timur Tengah Hanya Menguntungkan Israel

Related Posts
Skip to content