Stratfor menjangkakan Israel akan terus tertekan

images (33)

Berikut adalah catatan ringkas berdasarkan analisa yang dibuat oleh kumpulan pemikir Sratfor dalam menilai keadaan di Timur Tengah. Antara unjuran-unjuran mereka adalah.

Syria akan menjadi pusat peperangan di timur tengah pada tahun 2016 ini berikutan beberapa negara telah memperhebat operasi ketenteraan mereka untuk menghadapi IS.

Dan juga unjuran-unjuran bagi negara-negara di sekeliling kawasan timur tengah itu

TURKI

Dengan fokus utama memberi penumpuan kepada Turki, di mana turki telah bersedia untuk operasi pengusiran militan IS di utara Syria. Dengan koalisi kerjasama beberapa rakan sekutu di nato, dan juga Arab Saudi, Qatar dan negara-negara Arab lain seperti di Mesir dan Jordan, dijangka, koalisi ini akan membentuk pakatan melawan IS id Syria.

Rusia menjadi faktor merumitkan rancangan Turki berikutan kerjasamanya dengan Presiden Syria Bashar Al-Assad dalam usaha untuk melemahkan IS termasuk berdepan dengan kumpulan pemberontak Syria.

 

Hubungan renggang yang ketara di antara Rusia dan Turki membuka peluang kepada Amerika Syarika dan konco-konconya di Eropah untuk menarik Ankara sekali di dalam perikatan mereka.

Persaingan Turki dengan Iran juga kian meningkat apabila Iran mulai mengeksploitasikan kawasan Kurdish di Iraq untuk menghalang usaha ekonomi Turki

IS akan berterusan

IS akan menggiatkan operasi keganasan nya di Barat dan Timur tengah dan berterusan untuk memberi ancaman yang serius. Beberapa tempat bakal ditumpukan khusus nya di Maghribi, Semenanjung arab dan Afrika barat di mana akar umbi Al-Qaeda paling relevan dan berpusat di situ.

Iran kembali ke pasaran minyak

Pengeluar utama minyak timur tengah mengalami tekanan berkenaan penurunan harga minyak. Pelaksanaan perjanjian nuklear Iran akan menambah sekurang-kurangnya 500,000 tong sehari kepada pasaran minyak. Sekembalinya Iran ke pasaran minyak memberi impak kepada pengeluaran minyak Arab Saudi.

Fasa seterusnya dalam konflik Yaman

Kepimpinan di bawah Arab saudi akan terus bergerak menentang pejuang Houthi dan gerakan yang setia kepada bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh. Pergerakan Penentang Selatan semakin berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan mereka untuk pembebasan Selatan Yemen menjurus kepada perpecahan antara utara dan selatan Yemen. Perang sektarian akan semakin memuncak

Dilema keselamatan Israel meningkat

Israel dijangka akan mengekalkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan. Israel juga akan mengekalkan haknya untuk serangan udara ke atas Hezbollah dan IS di sempadannya. Israel terpaksa memperbaiki hubungannya dengan Turki berikutan peningkatan peranan Turki di rantau berkenaan. Konflik Israel-Palestin akan berterusan dengan serangan agresif dan bertali arus daripada Hamas yang berterusan di West Bank dan Israel. Israel cuba untuk menghubungkaitkn IS dan Hamas sebagai alasan untuk campur tangan dalam wilayah Palestin.

Tahun yang sukar bagi Mesir

Rejim Abdel Fattah Al-Sisi akan terus berkuasa pada tahun ini. Ancaman keganasan di semenanjung Sinai memacu perbelanjaan pertahanan dan menjejaskan sektor pelancongan. Rusia memanfaatkan ancaman keganasan sebagai faktor utama mengukuhkan hubungan keselamatannya dengan Kaherah manakala Kaherah mengekalkan keseimbangan hubungannya dengan kedua-dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Manakala dari sudut ekonomi, gas asli di luar pesisiran Mesir di timur Meditteranean bakal merangsang kerjasama di antara Mesir, Cyyprus dan Israel.

Ketidakstabilan Afrika Utara

Algeria akan berada di bawah tekanan kewangan yang besar kesan daripada harga minyak yang rendah. Tekanan ekonomi tidak akan menjejaskan perbelanjaan dari segi pertahanan dan keselamatan. PBB berusaha untuk rundingan pembentukan kerajaan perpaduan Libya di antara Tripoli dan Tobruk. Peningkatan penglibatan IS di Libya akan mencetuskan penglibatan kuasa asing yang lebih besar terutamanya dalam ruang udara dan operasi khas untuk membanteras kumpulan militan berkenaan. Militan IS memberi tumpuan untuk mengukuhkan kuasanya di bandar Sirte dan berusaha meluaskan penguasaan mengarah ke barat melalui Misrata dari Abu Grein dan ke timur ke arah Ajdabiya dari Nawfaliya.

Oleh:

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Doctor of Philosophy (Generic) (Major in Sport Notational Analysis)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin Mazhab Kristian Terbesar Bertemu Selepas 1000 Tahun

Next Post

Menyingkap hubungan rahsia Israel Iran dan Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content