Taikun China jadikan Malaysia dan Thailand sebagai pusat Elit di Asia Tenggara

Malaysia dan Thailand telah menjadi tumpuan elit China selepas Singapura untuk diduduki di bawah program rumah kedua. Seramai 35,800 limpahan ekspatriat majoritinya Cina menyasarkan Penang, Kuching dan Sepang dalam program rumah kedua (MM2H) di Malaysia.

  Malaysia menurut satu kajian yang dibuat oleh Maybank menjadi pilihan bagi program MM2H atau retirement villages dalam kalangan negara Asean kerana mudah untuk mendapatkan visa bagi tempoh yang lama berada di Malaysia. Antara yang diketengahkan juga, terdapat 3 lokasi yang menjadi tumpuan retirement village iaitu Penang, Eden-on-the-Park di Kuching, dan The Green Leaf di Sepang.

Penang menjadi pilihan yang paling tinggi disebabkan mempunyai infrastruktur yang lengkap bagi mereka untuk tinggal di Malaysia. Dalam masa yang sama, Penang telah menyediakan fasiliti penempatan di bawah projek Penang South Reclamation (PSR) yang menyasarkan pembinaan 3 buah pulau baharu bagi penempatan 446,300 penduduk. Projek PSR berkeluasan 4,500 ekar mempunyai keluasan yang  sama dengan Forest City di Johor. Projek itu telah di bantah antaranya kerana ia dibina bukan untuk rakyat tempatan tetapi menyasarkan kependudukan orang asing yang berkemungkinan bagi rakyat China.

  Selain Malaysia, Thailand juga dijadikan tumpuan di bawah program Program Perumahan Elit Thailand. Sehingga tahun 2018, jumlah permohonan telah melebihi 1000 orang. Program penempatan ini telah diletakkan di bawah residen Thailand Elite Card yang diuruskan oleh syarikat Thailand Privilege Card Co. Syarikat ini dimiliki penuh oleh Kementerian Perdagangan dan Sukan Thailand.

Disediakan oleh:
Unit Pantauan Berita IRIS Institute

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Daun sirih dan kaduk, bentuk rupanya seakan sama, tetapi sifatnya berbeza

Next Post

Jack Ma bakal kuasai pasaran E-Wallet ASEAN, selepas usaha kurangkan kebergantungan kepada dolar

Related Posts
Skip to content