Turki Umum 1 November Tarikh Pilihanraya

copyright_aabadoluajansi_2015_20150826053653

ANKARA

Pilihan raya umum Turki akan diadakan semula pada 1 November, hampir lima bulan selepas undian tidak meyakinkan menyaksikan tiada pihak memenangi majoriti keseluruhan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya umum pada Isnin.

Sadi Guven, Presiden Lembaga Agung Pilihan Raya, berkata tarikh pilihan raya telah diputuskan untuk diadakan pada musim sejuk, terutamanya di timur dan tenggara Turki.

Sejak pilihan raya Jun, yang menyaksikan Justice and Development Party (AKP) kehilangan majoriti dan Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP) memasuki parlimen buat kali pertama, ditambah dengan Turki menghadapi pemberontakan bangsa Kurdi, ancaman dari Daesh dan kejatuhan matawang (lira) Turki.

Perdana Menteri Ahmet Davutoglu gagal membentuk kerajaan campuran dan minggu lepas pihak berkuasa pilihan raya menyediakan draf kalendar pilihan raya bagi semua pihak di parlimen untuk dipertimbangkan. Guven berkata versi muktamad kalendar itu akan siap pada Khamis.

Lembaga Agung Pilihan Raya juga telah mengeluarkan keputusan bahawa bagi mereka yang menyertai pilihanraya 1 November untuk meletakkan jawatan daripada jawatan mereka pada 31 Ogos. Perkara itu termasuk ahli-ahli badan kehakiman, anggota tentera, kakitangan awam dan ahli-ahli parti politik.

Davutoglu kini mempunyai tugas membentuk pentadbiran sementara dalam menjelang pilihan raya. Menurut senarai yang disediakan oleh parlimen dan dihantar ke Davutoglu, AKP akan memegang 11 kementerian, manakala Republican People’s Party (CHP) akan memegang lima.

Nationalist Movement Party (MHP) dan Parti Demokratik Rakyat pro-Kurdish (HDP) akan memegang tiga kementerian masing-masing. Semua pihak boleh memilih sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak dalam kabinet sementara.

Davutoglu akan menghantar jemputan kepada ahli parlimen berkenaan pada pagi Rabu. Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara juga telah diumumkan dalam media rasmi. Kabinet AKP semasa akan terus bekerja sehingga adanya pembentukan kerajaan sementara, katanya.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : AA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harga Minyak Dunia Jatuh, Ekonomi China Penyebab Utama

Next Post

Malaysia Menyebelahi Palestin Tetapi Membeli dari Israel

Related Posts
Skip to content