Russia, Turki patut tumpu ISIS bukan bergaduh sesama sendiri

TUN-M11-1024x678

KUALA LUMPUR, Jumaat – Turki dan Russia sepatutnya menumpukan usaha kepada bekerjasama memerangi ISIS, bukan berperang sesama sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas insiden Turki menembak jatuh jet pejuang Russia berkata, kejadian itu adalah sesuatu yang malang.

Katanya, Turki dan Russia meskipun berada di dalam situasi tegang kini akibat insiden tersebut, seharusnya tidak terlalu terbawa-bawa dalam emosi dan melupakan misi asal mereka iaitu memerangi ISIS.

“Turki dan Russia sepatutnya perlu bekerjasama untuk menentang ISIS”

“Tidak wajar untuk mereka berperang sesama sendiri dan mereka patut fokus kepada misi asal mereka,” katanya pada sidang media KL Summit di sini, hari ini.

Isnin lalu, Turki menembak jatuh sebuah jet SU-24 milik Russia yang dikatakan telah menceroboh ruang udara Turki ketika dalam perjalanan untuk menyerang penempatan Daesh di Syria.

Bagaimanapun, Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan menafikan kenyataan Russia yang menyatakan bahawa jet SU-24 itu sedang dalam misi menyerang pengganas ISIS.

Semalam, Presiden Russia mengeluarkan arahan untuk menghantar misil S-400 ke Hamaim, sebuah pusat tentera udara dekat daerah Latakia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Turki.

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Sumber: ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mengapa PBB adalah Satu Entiti yang Tidak Efektif?

Next Post

PELANTAR MINYAK PETRONAS JADI KUBU PERTAHANAN

Related Posts