Jack Ma bakal kuasai pasaran E-Wallet ASEAN, selepas usaha kurangkan kebergantungan kepada dolar

Pada 2-5 April kesatuan Asean telah menganjurkan mesyuarat Menteri Kewangan Asean ke-23 dan Mesyuarat Menteri Kewangan bersama gabenor Bank negara yang ke-5.

Persidangan mesyuarat tersebut dihadiri lebih 300 wakil dari 10 negara Asean, Asia Timur, Amerika Syarikat dan tokoh perniagaan dari Asean dan Eropah.

Secara amnya, perbincangan pada kali ini membincangkan 5 tajuk utama iaitu berkenaan kerjasama penggunaan mata wang tempatan bagi perdagangan dan pelaburan, transaksi elektronik merentas rantau Asia Tenggara, penilaian aset digital serta soal keselamatan siber dalam transaksi kewangan dan penubuhan  pasaran modal bagi green project’.

Kerjasama penggunaan mata wang tempatan bagi perdagangan dan pelaburan merupakan usaha untuk mengawal kos penggunaan dolar yang tinggi serta kesan dolar yang dipengaruhi oleh perang perdagangan antara US dan China.

Transaksi elektronik atau e-wallet merentas rantau Asia Tenggara akan dipelopori oleh syarikat Ant Financial yang merupakan syarikat penjenamaan semula bagi syarikat Ali Pay milik Jack Ma.

Hasil mesyuarat itu juga turut membuka perhatian kepada pemilikan aset digital di mana mata wang dan token digital dilihat sebagai satu bentuk pelaburan.

Dalam isu keselamatan siber, Asean akan melatih pegawai-pegawainya bagi menghadapi isu keselamatan dalam sektor kewangan seperti scam dan pengubahan wang haram.

Selain itu, antara keputusan besar yang dibuat juga adalah berkenaan penubuhan pasaran modal sebanyak USD1 Billion bagi projek yang mesra alam atau Green Project.

Dana sebanyak USD 1 bilion diperoleh daripada Bank nasional German (KfW) sebanyak $336 juta, Asian Development Bank (ADB) memberi sebanyak $300 juta, European Investment Bank dan Bank daripada nasional France (Agence Francaise de Development)  masing-masing memberikan sebanyak $168 juta dan ASEAN Infrastructure Fund memberikan sebanyak $75 juta.

Amerika Syarikat juga dikatakan memberi peruntukan dana ke dalam pasaran modal ini melalui Overseas Private Investment Corporation (OPIC), namun tidak diberitahu berapa jumlah dana yang akan diberikan oleh OPIC.

Disediakan Oleh:
Unit Pantauan Berita IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Taikun China jadikan Malaysia dan Thailand sebagai pusat Elit di Asia Tenggara

Next Post

Insiden di Selat Hormuz gugat kawalan pasaran derivatif elit global kapitalis Yahudi

Related Posts