Risiko risikan meningkat, Amerika Syarikat beri 12 Dron percuma kepada kerajaan Malaysia

Risiko risikan Amerika Syarikat terhadap sektor keselamatan Malaysia meningkat berikutan pemberian 12 Dron ScanEagle secara percuma.

Dron berharga $19.34 juta (~RM 80 juta)  ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Amerika Syarikat. Reuters melaporkan jualan itu sebahagian daripada satu perjanjian AS$47 juta untuk menjual 34 dron ScanEagle buatan kapitalis senjata milik Rothschild, Boeing Co kepada kerajaan Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

ScanEagle ialah dron tidak bersenjata dihasilkan Insitu, yang turut membuat RQ-21A Blackjack, dron bersenjata yang digunakan Tentera Laut AS. Laporan itu memetik Pentagon sebagai berkata, jualan yang diumumkan minggu lalu itu termasuk alat ganti dan pembaikan, peralatan, kelengkapan sokongan, latihan dan perkhidmatan teknikal. Dron itu dijangka siap dibina pada Mac 2022.

Ini adalah inisiatif A.S untuk memberikan kelengkapan canggih kepada sekutu mereka di rantau Asia Tenggara bagi memantau aktiviti Republik Rakyat China di Laut China Selatan. Kesemua dron ScanEagle yang diberikan ini digunakan untuk tujuan pemantauan.

Selain Malaysia, negara Indonesia, Filipina dan Vietnam turut menerima 8, 8 dan 6 dron ScanEagle dari Amerika Syarikat. Ini juga adalah kali pertama sejak berakhirnya perang pada tahun 1975, sistem ketenteraan milik A.S diberikan kepada Vietnam.

Insitu ScanEagle boleh diterbangkan dari geladak kapal menggunakan sistem lentingan. Ia kemudian ditangkap dari udara menggunakan sistem penyangkut. Ia turut boleh terbang selama 20 jam berterusan, jarak operasi sehingga 100 kilometer dan kelajuan maksimum 150 km/j.

Oleh:
Unit Pantauan Berita IRIS Insitute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Landskap Edisi 10

Next Post

Landskap Edisi 11

Related Posts