EDISI 2: Desentralisasi dan pengecilan kuasa kerajaan pusat

Penulisan kompas edisi ini akan melihat sejauh mana desentralisasi kuasa menjadi salah satu strategi untuk merombak status quo politik di Malaysia, yang secara umumnya didominasi oleh orang Melayu. Lebih spesifik, adakah desentralisasi kuasa ini merupakan pintu untuk liberalisasi yang lebih meluas dalam penglibatan politik dan penentuan polisi, khususnya dalam kalangan warga bukan Melayu? Adakah proses desentralisasi kuasa ini suatu strategi untuk mengecilkan kuasa kerajaan pusat dengan mewujudkan sebuah kerajaan terhad (limited government)? Adakah proses ini akan memberikan lebih peluang kepada pihak kapitalis dan kuasa luar untuk mengawal hala tuju negara?

  Kajian menunjukkan sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan berjaya dihidupkan semula, kuasa sultan akan semakin terhakis bagi negeri-negeri yang mempunyai sultan. Hal ini boleh berlaku melalui usaha DAP menguasai kawasan-kawasan bandar yang strategik.

  Selain itu proses penswastaan yang sedang giat dijalankan di seluruh negara melalui penjualan aset-aset pegangan Khazanah milik kerajaan kepada pihak swasta meningkatkan risiko negara berada dalam kawalan para pemodal kapitalis swasta. Kuasa dan peranan kerajaan akan semakin mengecil, apabila tugas kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat telah diberikan kepada para pemodal kapitalis swasta. Akibatnya kerajaan tidak lagi berdaulat kerana terikat dengan kepentingan para pemodal kapitalis ini. Rakyat akan dieksploitasi dan terpaksa mengikut sistem peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kapitalis swasta dalam setiap bidang berkaitan.

  Bagi  Sabah dan Sarawak, terdapat pola yang menunjukkan kepada usaha membawa keluar negeri-negeri itu daripada Malaysia dengan mewujudkan sebuah kerajaan Dayak Borneo. Kajian mendapati kumpulan seperatis Dayak yang lantang memperjuangkan sebuah negara Borneo menjadi proksi kepada cina DAP dan juga pihak Evangelis Kristian.

  Akhir sekali, desentralisasi pendidikan akan membuka ruang yang besar bagi pengukuhan naratif ‘Malaysian Malaysia’ yang dibawa oleh DAP. Selain itu, desentralisasi pendidikan ini membolehkan kaum Cina menarik dana kerajaan bagi menampung hasrat keperluan pendidikan cina yang selama ini berkisar dalam institusi pendidikan swasta. Kelompok kapitalis juga akan memiliki banyak pintu-pintu peluang untuk campur tangan dalam pendidikan Malaysia. Kesemua ini akan mewujudkan kesan sosial yang akan meningkatkan lagi jurang dalam strata sosial mengikut kaum dan geografi. Orang Melayu akan semakin ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan.

[membership level=”1″]

[/membership] [membership level=”0,-1″]

OR

[/membership] *Laporan ini adalah penulisan analitikal para penyelidik IRIS INSTITUTE tentang isu-isu strategik yang mempunyai implikasi besar dalam setiap bidang utama. Ia memandu para pembaca untuk memahami pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kerangka strategik yang autentik. Melalui analisa ini pembaca akan memperolehi perspektif yang betul dan tajam dalam menilai isu seterusnya membolehkan pembaca berfikir dan merancang dalam hala tuju yang tepat.

 

 

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Landskap Edisi 12

Next Post

Landskap Edisi 13

Related Posts

log Masuk

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Digital

RM150 / tahun

Digital & Bercetak

RM400 / tahun

Per Produk

Bermula RM5

Skip to content