Di Sebalik Dongeng Penubuhan Amerika

GettyImages-78132687_960

Penulis biografi terkenal, Parson Weems, pernah menukilkan kisah-kisah kehidupan George Washington dalam salah satu penulisannya, “The Life of George Washington”, yang menceritakan tentang perjalanan hidup Presiden Amerika Syarikat yang pertama bermula dari awal kehidupan beliau.

Di dalam buku tersebut, Weems turut memuatkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri George Washington sebagai pengajaran buat sesiapa yang membaca kisah tersebut.

Dalam satu anekdot “cherry tree” yang terdapat dalam buku itu, Weems menceritakan kejujuran yang ditunjukkan Washington semasa waktu kecilnya, di mana beliau telah merosakkan sebatang pokok ceri milik ayahnya dengan sebilah kapak kecil, dan kemudian dengan jujur mengaku akan perlakuannya itu di hadapan ayahnya.

Of Truth, Myth and Cherry Trees | Washington Week

Menurut buku yang dikarang Weems, George Washington tidak pandai bermuslihat – walaupun pada hakikatnya tidak begitu. Penipuan Washington bukan sekali atau dua kali, tetapi lebih daripada itu. Dengan kelebihan mencipta muslihat yang dikongsi oleh James Madison dan Thomas Jefferson, mereka sama-sama menjayakan sisi gelap mereka sendiri.

Penipuan serta tindakan yang diambil mereka ini sangat bertentangan dengan imej seorang tokoh, namun jika tidak dilakukan dengan cara demikian, Revolusi Amerika tidak akan menemui kejayaan.

Washington dan tipu muslihat

Pada waktu di mana Washington terpaksa berhadapan dengan satu kuasa besar, muslihat adalah satu-satunya cara yang akan digunakan untuk mencapai kemenangan dalam menentang musuh yang jauh lebih hebat. Dalam sejarah, Washington pernah digelar sebagai “pemelihara Jupiter” melalui komitmennya terhadap tugas-tugas pengintipan.

Satu daripada tindakan pertama yang diambil oleh Washington ketika beliau mengetuai pasukan Tentera Eropah pada 1775 adalah mengupah seorang perisik untuk mengintip dari barisan belakang tentera musuh dan kemudian memberi laporan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tentera British di Boston.

March 16, George Washington Spied Here: Spies and Spying in the American Revolutionary War

Sebagai seorang ketua perisikan, Washington menjalankan tugasnya dengan sangat baik dan turut menyumbang sejumlah dana peribadi untuk membayar beberapa operasi rahsia. Bagi Washington, operasi rahsia ini sangat penting untuk menentukan kemenangan mereka dalam peperangan itu sehinggakan beliau merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan Kongres Eropah.

Komitmen Washington sangat pragmatik terhadap tugas perisikan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Untuk mencapai kemenangan dalam pertarungan antara dua negara, beliau tahu bahawa mereka perlu menggunakan operasi rahsia – termasuk mengambil beberapa individu yang ‘tidak amanah.’

Namun begitu, Washington tidak tertarik dengan taktik tersebut serta individu-individu yang terlibat. Pada tahun 1779, beliau tidak berpuas hati dan telah memberi amaran kepada pegawai perisikan di bawah seliaannya untuk sentiasa berhati-hati dan memantau sebarang pencerobohan oleh perisik luar. Walau bagaimanapun Washington yakin bahawa taktik licik yang mereka gunakan adalah cara terbaik bagi menjaga kepentingan Amerika.

Sekiranya Washington masih hidup ketika ini dan bertemu dengan Senator Kentucky Rand Paul, Senator Vermont Patrick Leahy, atau wakil Michigan Justin Amash, kita dapat menjangkakan bahawa Washington akan terperangkap dalam debat yang akan dibangkitkan oleh mereka berkaitan isu domestic spying.

Ketiga-tiga tokoh ini masing-masing menentang tindakan kerajaan yang secara rahsia memantau komunikasi peribadi. Bagi Washington, tindakan membuka surat secara rahsia contohnya, merupakan satu langkah keselamatan negara serta turut mengarahkan agen-agennya supaya “mencipta satu cara untuk membocorkan sebarang dokumen rahsia tanpa merosakkannya, mengambil beberapa salinan, dan kemudian menyimpan semula dokumen tersebut.”

Tambah Washington lagi, tindakan perisikan sebegini akan memberi banyak manfaat kepada Amerika. Washington juga selesa menggunakan paderi-paderi sebagai ahli perisikan.

Washington mengeksploitasi Paderi untuk dapatkan maklumat rahsia

Pada 1778, Washington telah mendesak seorang paderi untuk mendapatkan maklumat penting tentang perisikan daripada dua orang perisik British yang sedang menghadapi hukuman mati. Kata beliau, perisik-perisik tersebut perlu ‘menebus dosa’ mereka dengan membocorkan maklumat perisikan mereka sebelum mereka berangkat ke syurga.

Ketika menjalankan operasi rahsia, Washington turut menggunakan kekejaman dalam kaedahnya. Pada Mac 1782, beliau telah bersetuju dengan rancangan penculikan pewaris takhta British ketika beliau mengadakan lawatan ke New York.

Maka sebuah pasukan khas ditubuhkan yang bertujuan untuk menculik bakal pemerintah, King William IV, kemudian merancang untuk menjadikan beliau sebagai tebusan untuk diganti dengan pembelot Benedict Arnold, atau sebagai alat untuk menjamin tentera Amerika yang ditawan dilepaskan dengan selamat. Namun, seorang perisik British terlebih dahulu menghidu rancangan jahat Washington dan kemudiannya memperketatkan kawalan ke atas lawatan pewaris takhta itu, menyebabkan rancangan itu terpaksa digagalkan.

Washington tidak membataskan pembohongannya hanya kepada pihak musuh. Malah beliau pernah memenangi peperangan ketika kempen Yorktown pada 1781 menggunakan kemampuannya dalam merancang muslihat.

Yorktown campaign - Wikipedia
Serah diri yang dilakukan oleh Cornwallis, dilukis oleh John Trumbull, yang menggambarkan Inggeris menyerahkan diri kepada tentera Perancis (kiri) dan Amerika (kanan).

Bagi meyakinkan pihak British bahawa mereka akan melakukan serangan ke atas New York City selain daripada bergerak ke bahagian selatan, Washington bercadang untuk memutarbelitkan maklumat bukan hanya kepada tentera British sahaja malah turut kepada pegawai-pegawai Amerika.

Washington mahu pihak-pihak tersebut percaya bahawa serangan ke atas New York sememangnya telah dirancang. Kempen tersebut turut membawa maklumat yang salah kepada tentera Washington sendiri. Kata Washington kepada Webster, “untuk memastikan muslihat kita berjaya dilaksanakan di negara luar, ia perlu bermula dalam kalangan tentera kita sendiri.”

Washington serta beberapa orang veteran dalam Perang Revolusi, termasuk Alexander Hamilton yang berkhidmat dalam rangkaian perisikan Washington, percaya bahawa kerajaan yang baru ditubuhkan pada 1789 perlu memperbetulkan masalah-masalah yang telah melumpuhkan keselamatan Amerika di bawah Articles of Confederation.

Mereka turut merancang untuk melaksanakan kawalan satu pihak seperti yang dilakukan oleh Washington di bawah artikel tersebut ke dalam Pejabat Presiden untuk menggalakkan lebih banyak pemindaan polisi pertahanan luar yang licik serta koheren termasuklah menggunakan operasi rahsia.

Sewaktu Perang Revolusi, kejayaan Washington dalam kaedah perisikan dan permuslihatan akhirnya membawa kepada cadangan untuk menyediakan peruntukan rahsia ke dalam pejabat eksekutif bagi memudahkan sebarang urusan yang melibatkan perisikan, seperti yang dinyatakan oleh John Jay dalam Kertas Persekutuan. Washington percaya bahawa operasi perisikan perlu berada di bawah kawalan eksekutif, memandangkan Kongres Kontinental tidak mampu untuk menyimpan sebarang maklumat rahsia.

Washington akan menggunakan jawatankuasa perisikan milik White House dan Senat hanya pada waktu-waktu tertentu, kerana baginya tindakan itu dianggap telah menceroboh “kuasa eksekutif” serta kuasanya sebagai seorang komander dan ketua diplomat. Dalam hal ini, tokoh-tokoh terawal Amerika ini sangat mengambil berat akan peranan White House, dan mereka turut merancang untuk meminimumkan peranan badan ini dalam urusan hubungan luar.

Dalam mesej tahunan pertama kepada Kongres, Washington membuat permohonan untuk mendapatkan dana “perkhidmatan rahsia” yang akan dikawal oleh presiden serta turut membenarkan ketua eksekutif untuk menguruskan operasi rahsia yang bebas daripada pemantauan Kongres. Permohonan tersebut mendapat kelulusan daripada Kongres pada tahun 1970 atas bantuan James Madison. Dengan permohonan itu juga Washington memperoleh kuasa untuk mengelak daripada sebarang prosedur laporan yang diperintahkan oleh Kongres.

Sistem Perisikan dan muslihat Washington diteruskan oleh Thomas Jefferson

Sistem perisikan yang pernah dihasilkan oleh Washington masih digunakan walaupun selepas beliau meninggalkan jawatannya. Kemudian, hanya Thomas Jefferson yang masih berminat untuk meneruskan taktik muslihat yang pernah dilakukan Washington sebelum ini. Jefferson yang terkenal dengan gelaran Sage of Monticello, sering mendapat penghormatan tertinggi oleh Kongres serta ahli-ahli gereja. Beliau juga sebenarnya merupakan pelopor kepada sistem presiden abad ke-20. Jefferson menggunakan dana daripada khidmat rahsia tersebut melebihi presiden-presiden terawal Amerika.

Dana tersebut digunakan sebagai sumber untuk merasuah kaum serta penduduk asal Amerika supaya mereka menyerahkan kawasan-kawasan dan daerah yang menjadi tempat tinggal mereka, serta turut digunakan untuk menjalankan operasi-operasi yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan luar. Sewaktu Jefferson berada di Perancis sebagai wakil Amerika, beliau meminati operasi-operasi yang melibatkan penipuan dan muslihat untuk mencapai kemenangan. Jefferson pernah memperlajari satu rancangan oleh kerajaan Sepanyol yang cuba memperoleh maklumat berkenaan corak pekerjaan kerajaan Belanda.

Seperti Washington, Jefferson percaya bahawa ianya menjadi hak eksekutif untuk menjalankan operasi yang telah diperkenalkan Washington tersebut. Jefferson pernah menulis kepada George Hay yang merupakan seorang hakim persekutuan ketika itu, bahawa “setiap negara mengakui kepentingan menggunakan operasi ini kerana ia dapat memberi faedah kepada urusan mereka. Manakala sesetengah prosiding hanya perlu diketahui oleh pegawai-pegawai eksekutif sahaja.”

Jefferson turut membuat kenyataan bahawa setiap keputusan berkaitan pelaksanaan operasi yang dijalankan tersebut tidak boleh diputuskan oleh mana-mana pihak kecuali Presiden Amerika sahaja. Oleh sebab itu, Jefferson akan menggunakan orang biasa dalam kalangan warganegara Amerika dalam operasi yang sensitif sebagai langkah berjaga-jaga terhadap pemantauan ketat pihak kongres. Contohnya, pada tahun 1804, Jefferson menggunakan perantara orang awam untuk membawa sebuah dokumen sulit yang mengandungi sebuah kod rumit serta satu kenyataan yang menyokong penggunaan saluran peribadi dalam urusan awam kepada seorang utusan Amerika di Perancis.

Madison membantu Jefferson meneruskan teknik muslihat Washington

Kebergantungan awal U.S. kepada operasi perisikan adalah pilihan yang menguntungkan. Kedua-duanya – Jefferson dan Madison, terlibat dalam operasi-operasi rahsia tersebut kerana operasi tersebut membolehkan mereka untuk memperluas kuasa Amerika tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi serta tidak memerlukan kekuatan tentera yang besar. Salah satu contoh yang dapat dilihat ialah dalam polisi yang disediakan Jefferson untuk suku kaum asli Amerika yang turut melibatkan rasuah supaya mereka menyerahkan kawasan yang diduduki. Jefferson menyatakan pendapatnya pada April 1791 dalam sepucuk surat kepada James Monroe yang bakal menjadi presiden negara yang ke-5, “Saya harap kita mampu menghasut mereka kali ini, kemudian kita akan menukarkan peperangan kepada rasuah.”

Dalam sepucuk surat rahsia yang ditulis pada 1804 kepada bakal presiden William Henry Harrison yang merupakan gabenor Indiana ketika itu, Jefferson telah mendesak Harrison untuk menambah bilangan rumah-rumah perdagangan di kawasan yang berada dalam kawalan golongan Indian Amerika, supaya pemimpin-pemimpin utama golongan ini terikat dengan sejumlah hutang yang tinggi yang akhirnya akan mengakibatkan mereka membayar hutang tersebut dengan konsesi tanah.

Tambahan lagi, Presiden Jefferson juga pernah menjalankan satu operasi rahsia untuk menggulingkan Raja Tripoli yang melibatkan usaha merekrut salah seorang ahli keluarga yang tidak berpuas hati dalam keluarga tersebut untuk melaksanakan rancangan beliau. Jefferson kemudian berpura-pura apabila berurusan dengan Kongres berkenaan operasi tersebut, terutamanya berkaitan keputusan beliau untuk meninggalkan tentera upahan Amerika yang ingin memberikan takhta kepada kerabat yang melakukan pembelotan terhadap kerajaan Tripoli tersebut.

Ekspedisi Lewis dan Clark telah dikuatkuasakan oleh Jefferson pada 1804. Bertujuan untuk meningkatkan usaha meneroka spesis terbaru flora dan fauna, ekspedisi ini sebenarnya menyimpan agenda yang lebih utama berbanding usaha penerokaan yang dirancang mereka iaitu untuk menjalankan operasi perisikan. Kecenderungan Jefferson terhadap misi gelapnya jelas dilihat dalam kesungguhan Jefferson melobi Presiden Madison supaya beliau membalas tindakan British yang membakar White House dengan mengupah seorang arsonist di London untuk membakar Gereja St. Paul.

James Madison yang menggubal Perlembagaan, pernah berkhidmat untuk Jefferson sebagai Setiausaha Negeri. Beliau sangat peka akan majikannya yang menghargai hubungan luar yang tidak memberi manfaat. Jika dibandingkan dengan Jefferson, Madison walau bagaimanapun kurang berminat dengan operasi-operasi rahsia yang sering digunakan oleh Jefferson. Pada tahun 1805, Madison pernah membayar seorang pelacur menggunakan wang dana rahsia bagi menggalakkan lawatan seorang utusan dari Tunisia.

Madison wujudkan operasi muslihat rahsia tersendiri

Walaupun beliau lebih menghormati Kongres berbanding Jefferson, Madison turut mengadakan operasi rahsianya sendiri yang bertujuan untuk melindungi bahagian-bahagian Florida untuk U.S. dengan sengaja mewujudkan pemberontakan di kawasan yang dikawal Sepanyol. Sebagai respon kepada kritikan yang diterima, Madison kemudiannya menyediakan laporan palsu berkenaan tindakan yang telah dibuat oleh pemerintahannya kepada Kongres serta kerajaan-kerajaan luar. Pada malam peperangan yang berlaku pada 1812, Madison telah menggunakan sebanyak $50,000 daripada dana rahsia untuk membeli surat daripada seorang suspek agen British yang mendakwa dia mampu membuktikan bahawa Federalis New England telah berkomplot untuk keluar daripada gagasan tersebut.

Kesimpulannya, ketidakwajaran tindakan yang digunakan oleh ketiga-tiga orang tokoh ini – Washington, Jefferson, dan Madison – dalam usaha mengevolusikan Amerika pasti tidak akan disanggah oleh mana-mana pihak memandangkan usaha mereka tersebut mendatangkan kejayaan yang menguntungkan seperti yang dapat dilihat oleh masyarakat dunia kini. Sejarah Amerika pula akan dianggap menyeleweng sekiranya nama tokoh-tokoh ini diburukkan atas tujuan untuk menghalang atau mengharamkan sebarang operasi yang pernah mereka lakukan. Justeru, wajar untuk kita ketahui bahawa ‘kisah dongeng’ sejarah kejayaan Amerika ini telah diputarbelit oleh mereka yang berpihak pada golongan libertarian serta liberal semata-mata untuk menutup sisi gelap tokoh-tokoh terawal dalam sejarah Amerika.

*Wan Nur Khairunissa merupakan kolumnis Fokus yang berpengkalan di Amerika Syarikat

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Covid-19, situasi huru-hara yang disengajakan?

Next Post

Kebinasaan daripada Kuasa Tanpa Wahyu

Related Posts