Vietnam Kecam Penubuhan Daerah Baru oleh China

Penubuhan daerah baru oleh China telah mendapat respon yang tegas dari Vietnam. Wakil dari Kementerian Luar Negara Vietnam, Le Thi Thu Hang mengeluarkan kenyataan bahawa Vietnam mempunyai hak penuh dan bukti sejarah bagi menolak tuntutan China terhadap kepulauan tersebut.

Kepulauan yang dimaksudkan Vietnam yang diberi nama Hoang Sa dan Truong Sa telah dimasukkan ke dalam jajahan daerah baru China iaitu Xisha dan Nansha.

Le Thi Thu Hang menambah, Vietnam berharap China menghormati kedaulatan perairan negara tersebut dan menarik balik tindakan penubuhan daerah-daerah tersebut.

Ketegangan di antara Vietnam dan China bukanlah perkara yang baru. Pertumpahan darah juga pernah berlaku antara kedua-dua pihak pada tahun 1974 yang mengakibatkan 53 tentera Vietnam (dkenali sebagai Vietnam Selatan) terbunuh. Vietnam juga telah menghantar surat kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB bagi membantah tindakan China yang cuba meluaskan pengaruh di Laut China Selatan.

Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi Kementerian Luar Negeri terhadap isu pencerobohan China di perairan negara. Memandang serius isu ini, Malaysia mengambil langkah perbincangan diplomatik bagi mengurangkan ketegangan diantara pihak yang terlibat bertepatan dengan undang-undang antarabangsa termasuk United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Malaysia bagaimanapun, menegaskan ia akan mempertahankan kepentingan negara di Laut China Selatan. Sehingga artikel ini ditulis, tiada respons dari Kementerian Luar Negeri terhadap berita penubuhan daerah baru oleh China.

*Irfan Alias merupakan Kolumnis Fokus dan Pelajar Lepasan Jurusan Kejuruteraan Mekanikal University of New South Wales, Australia.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

500 Negara Vs PBB: Suatu Penilaian Undang-Undang

Next Post

Isu Rohingya & Laut China Selatan Bukti Kelemahan ASEAN

Related Posts