Naratif Multikulturalisme Menggugat Perpaduan Negara

Landskap Edisi 5/2021

1. Dasar Perpaduan Negara (DPN) yang dilancarkan pada 15 Februari 2021 yang lalu dengan konsep “Perpaduan dalam Kepelbagaian” bertujuan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

2. Namun, rangka tindakan tersebut gagal untuk mendefinisikan secara jelas identiti sejarah Malaysia yang perlu ditekankan kepada rakyat dalam konteks kesepaduan dalam kepelbagaian sehingga ada pihak berani mempersoalkan isu yang berkaitan sejarah negara dan agama Islam.

3. Pada 22 Februari 2021 yang lalu, satu laporan polis telah dibuat berhubung dengan isu penyelewengan fakta dalam kandungan buku teks Sejarah Tingkatan Empat yang didakwa berusaha untuk mengiktiraf pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan

4. Kemudian, pada 10 Mac yang lalu, isu kalimah Allah pula timbul apabila Mahkamah Tinggi membuat semakan semula terhadap seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland dan memutuskan bahawa penganut agama Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

5. Dua isu kritikal ini menunjukkan bahawa terdapat desakan untuk memperkasa naratif multikulturalisme tanpa batasan yang berupaya menenggelamkan naratif negara berteraskan Islam, Melayu dan institusi Kesultanan.

Muat Turun untuk membaca laporan penuh pada pautan yang disediakan di bawah (Sila Login terlebih dahulu):

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rekrutmen Anglophile Elit Melayu

Next Post

Macau Scam – Membongkar Pengaruh dan Jaringan Kongsi Gelap Cina Antarabangsa

Related Posts

log Masuk

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Digital

RM150 / tahun

Digital & Bercetak

RM400 / tahun

Per Produk

Bermula RM5

Skip to content