Laporan ini merangkumi:
Laporan Strategik Kuasa Nasional ini diterbitkan bagi membantu para pemegang taruh untuk memahami impak perkembangan semasa terhadap perancangan strategik dan pembangunan negara, serta memandu membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat untuk kepentingan nasional.
IRIS Institute bersedia untuk menyokong para pemegang taruh dan pembuat dasar dengan khidmat perundingan dan maklumat lanjut dalam sesi tertutup. IRIS Institute juga mengalu-alukan semua pihak yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk seperti idea, tenaga, kepakaran dan kewangan dalam usaha kajian kuasa nasional.
Laporan penuh Laporan Strategik Kuasa Nasional Malaysia 2023-2024 dijadualkan untuk diterbitkan pada bulan Mac 2025. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai laporan ini, sila hubungi kami di IRIS Institute melalui no telefon 018-2084917 atau emel kepada [email protected]
IRIS Institute adalah sebuah think tank yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menjalankan kajian-kajian strategik yang bersifat inovatif terhadap agenda pembangunan Kuasa Nasional bermula di Malaysia. IRIS Institute mengambil pendekatan rentas-bidang (interdisciplinary) dan analisa pelbagai peringkat (multilevel analysis) – nasional, serantau, dan antarabangsa untuk menghasilkan produk-produk kajian yang unik dan berkualiti.
Memantau perkembangan strategik yang membawa implikasi kepada Kuasa Nasional dan orde dunia. IRIS menghasilkan Pantauan Berita (RADAR), Landskap, Laporan Strategik & Portal FOKUS.
Melakukan kajian mendalam (in-depth) terhadap elemen-elemen strategik dalam sumber dan pengupayaan Kuasa Nasional. Kajian ini menggunakan metodologi-metodologi yang terkini, dengan pendekatan empirikal dan analisis yang berstruktur. Antara produk kajian-kajian strategik IRIS adalah buku-buku & Jurnal IJISTRA.
Mengadakan siri-siri dialog mengenai pembangunan Kuasa Nasional secara menyeluruh dan berwacana untuk meneroka idea-idea baru berkaitan peluang dan cabaran dalam pembangunan Kuasa Nasional. International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies (ICRIS) dan Dialog Kuasa Nasional (DKN) merupakan platform utama dialog strategik IRIS.