Negara Berdaulat:
Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin

Dapatkan e-buku terbitan IRIS Institute sempena setahun serangan taufan al-aqsa dengan memuat turun pada pautan dibawah dalam versi Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris

mengapa Buku Ini Ditulis?

Penulisan ini mengemukakan sebuah lontaran untuk mempraktikkan sebuah kerangka fikir yang dibangunkan secara ilmiah dengan kefahaman realiti yang tepat sebagai landasan untuk mengorak langkah-langkah strategik ke arah pembebasan Al-Aqsa.

Teras utama kepada kerangka ini adalah pembangunan negara umat Islam yang memiliki kedaulatan yang sebenar. Sekiranya negara umat Islam boleh merungkai cabaran struktural yang membelenggu pemikiran serta menyekat penguasaan dan pengupayaan sumber kuasa mereka, umat Islam dapat mencapai Kuasa Nasional dengan negara yang kuat, maju, dan berdaulat.

Kewujudan negara-negara umat Islam yang memiliki Kuasa Nasional adalah asas utama untuk meruntuhkan hegemoni orde dan kuasa Barat yang mendukung Israel Raya. Ia juga menjadi asas untuk membangunkan orde dunia baru yang boleh menyaingi dan menggantikan orde Barat, sekali gus mengembalikan tanah suci Baitul Maqdis di bawah kekuasaan Islam.

Penulisan ini membentangkan idea-idea utama secara ringkas dan padat, dengan tujuan memberikan gambaran asas tanpa terlalu memperincikan hujah dan data yang berkaitan.

isi Kandungan

Memperkasa Kuasa Nasional Melalui Kajian Strategik

IRIS Institute komited memperkukuh Kuasa Nasional melalui kajian strategik, dengan fokus kepada pembangunan kerangka bersepadu bagi dunia Islam dalam menghadapi cabaran global dan asakan kuasa besar. Sejak penubuhannya pada 2015, institut ini menghasilkan kajian inovatif untuk membantu negara-negara Islam mencapai kemandirian dan kebersamaan dalam menghadapi hegemoni Barat, dengan pendekatan rentas-bidang dan pelbagai peringkat. Blueprint strategik yang dibangunkan bertujuan memberikan panduan jelas untuk memperkuatkan kedudukan umat Islam di arena antarabangsa, bermula dari Malaysia.

Fokus Utama Aktiviti IRIS

Pantauan Strategik

Memantau perkembangan strategik yang membawa implikasi kepada Kuasa Nasional dan orde dunia. IRIS menghasilkan Pantauan Berita (RADAR), Landskap, Laporan Strategik & Portal FOKUS.

Kajian Strategik

Melakukan kajian mendalam (in-depth) terhadap elemen-elemen strategik dalam sumber dan pengupayaan terhadap Kuasa Nasional. Kajian ini menggunakan metod-metod yang terkini, dengan pendekatan empirikal dan analisis yang berstruktur. Antara produk penghasilan kajian strategik adalah Buku-buku & Jurnal IJISTRA

Dialog Strategik

Mewujudkan siri-siri dialog mengenai pembangunan Kuasa Nasional secara menyeluruh. Berwacana dalam meneroka idea-idea baru dalam membincangkan permasalahan mengenai pembangunan Kuasa Nasional. International Conference on Interdisciplinary and Strategic Studies (ICRIS) dan DKN dan Dialog Kuasa Nasional (DKN) merupakan platform utama seminar strategik IRIS.

Tumpuan Kajian Utama

Kuasa

Kajian bagi memahami konsep kuasa yang sebenar secara menyeluruh (holistik dan komprehensif) bukan sekadar difahami dalam juzuk-juzuk tertentu yang menjadi penghubung antara pandangan alam dan realiti kehidupan manusia.

Bangsa

Kajian bagi memahami realiti keterikatan dan kebergantungan negara bangsa moden pada hari ini, serta pembangunan kuasa bangsa yang diistilahkan sebagai Kuasa Nasional menjadi sebuah bangsa yang kuat, maju dan berdaulat

Orde

Kajian bagi memahami realiti pertembungan orde yang membentuk realiti hubungan dan konflik antara bangsa-bangsa, serta pembinaan sebuah orde baru dunia Islam

Matlamat Ini Tidak Akan Tercapai Tanpa Sokongan Anda

Sumbang secara langsung terhadap usaha membangunkan projek ini. Klik pada pautan dibawah

Skip to content