Negara Berdaulat: Kuasa Nasional Asas Pembebasan Palestin (E-Buku )

RM10.00RM100.00

Penulisan ini mengemukakan sebuah lontaran untuk mempraktikkan sebuah kerangka fikir yang dibangunkan secara ilmiah dengan kefahaman realiti yang tepat  sebagai landasan untuk mengorak langkah-langkah strategik ke arah pembebasan Al-Aqsa. Teras utama kepada kerangka ini adalah pembangunan negara umat Islam yang memiliki kedaulatan yang sebenar. Sekiranya negara umat Islam boleh merungkai cabaran struktural yang membelenggu pemikiran serta menyekat penguasaan dan pengupayaan sumber kuasa mereka, umat Islam dapat mencapai Kuasa Nasional dengan negara yang kuat, maju, dan berdaulat. Kewujudan negara-negara umat Islam yang memiliki Kuasa Nasional adalah asas utama untuk meruntuhkan hegemoni orde dan kuasa Barat yang mendukung Israel Raya. Ia juga menjadi asas untuk membangunkan orde dunia baru yang boleh menyaingi dan menggantikan orde Barat, sekali gus mengembalikan  tanah suci Baitul Maqdis di bawah kekuasaan Islam. Penulisan ini membentangkan idea-idea utama secara ringkas dan padat, dengan tujuan memberikan gambaran asas tanpa terlalu memperincikan hujah dan data yang berkaitan.

Additional information

Pilihan Sokongan

Muat Turun E-Buku (RM10), Muat Turun & Sumbang RM20, Muat Turun & Sumbang RM50, Muat Turun & Sumbang RM100, INFAK PENYELIDIKAN (RM10)

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

Skip to content