Pembandaran Kolonial & Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia

Ketahui bagaimana pembandaran kolonial/Settler Colonialisme digunakan sebagai metod menghapuskan bangsa di dunia seperti Palestin, Bosnia, Uyghur, Champa serta Bangsa Melayu di Malaysia.
Editor:
Prof. Madya Dr. Norsaleha Mohd Salleh,
Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin & Nur Hanis Mohamad Noor

Kata Pengantar:
Prof Dato' Dr. Ahmad Murad Merican
Jumlah Muka Surat: 296 M/s
ISBN: 978-967-1969809
Terbitan: IRIS Institute

mengapa Buku Ini Ditulis?

Buku ini ditulis bagi mendedahkan bagaimana penjajah Barat dan proksi mereka melaksanakan strategi Settler-Colonialism, iaitu strategi yang terancang untuk merombak demografi, pemilikan tanah, pegangan ekonomi, serta pegangan politik orang Melayu agar membolehkan penjajah dan proksinya menguasai dan mengekalkan kuasa di rantau ini.

Implikasi utama kepada strategi ini ialah berlakunya genosid bangsa atau penghapusan bangsa Melayu secara sistematik dari tanah air ini, baik dari dimensi fizikalnya iaitu kewujudan sosial, pegangan politik dan ekonomi, penguasaan teknologi mahupun daripada dimensi metafizikalnya iaitu minda dan ilmu, warisan budaya, identiti keagamaan dan bahasa.

 

isi Kandungan

Biodata Editor

Prof. Madya Dr. Norsaleha Mohd Salleh
Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin
Nur Hanis Mohamad Noor

Norsaleha Mohd Salleh, Ph.D., Profesor Madya dan Pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau memiliki PhD dalam Pengajian Islam dan Sarjana dalam Usuluddin, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan salah seorang sarjana dalam perkahwinan dan institusi keluarga dalam Islam, serta ancaman liberalisme dan feminisme di Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah IRIS Institute.

Mohd Zul Fahmi Mohd Bahrudin, Penganalisis di IRIS Institute. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi di Monash University, Malaysia. Beliau telah berkhidmat di IRIS Institute sejak tahun 2015 lagi. Kini, beliau lebih menumpukan pengkhususan kajian di dalam bidang sejarah Melayu dan sejarah kolonial di Malaysia. Beliau berpengalaman membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Perdagangan Antara Alam Melayu-Dunia Arab dalam Seminar Survival Melayu pada tahun 2017. Beliau juga merupakan salah seorang penulis buku Mukadimah Perjuangan Melayu dan buku Identiti Politik dan Ekonomi Alam Melayu hasil daripada usahasama dengan pakar-pakar sejarah politik dan arkeologi di beberapa buah universiti tempatan.

Nur Hanis Mohamad Noor, Ketua Penyelidik IRIS Institute. Beliau memegang Sarjana dalam Polisi dan Pengurusan Sains dan Teknologi dari Universiti Malaya. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Genomik dan Genetik Molekular dengan minor Sosiologi dari Michigan State University, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan editor bagi International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies (IJISTRA) dan Pengarah bagi International Conference in Interdisciplinary and Strategic Studies (ICRIS). Antara penulisan beliau di IRIS Institute ialah Situasi Keselamatan Makanan Negara dalam Krisis Wabak COVID-19, Isu Penutupan Kilang: Cabaran Buat Industri Dan Modal Insan Negara dan Dominasi Taikun Kapitalis dalam Projek Penang Smart City dan Iskandar Smart City. Kini, pengkhususan kajian beliau adalah dalam bidang pembandaran dan pembangunan wilayah serta negara.

Kata Pengantar

"Inilah julung-julung kalinya satu naratif dari perspektif tempatan yang menggunakan istilah settler colonialism. Syabas kepada kumpulan penyelidik dan penulis buku ini."
Prof Datuk Dr. Ahmad Murad Merican​
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual (ISTAC-IIUM)
5/5

Harga Buku

RM 60
00
  • Tidak termasuk caj penghantaran (Sem: RM8, Sab/Sar: RM14)

Saksikan Sedutan Webinar Kemerdekaan IRIS bertajuk: penjajahan dan penghapusan tersusun orang melayu di bandar
(30 ogos 2021)

Skip to content