NEGARA UNGGUL

DALAM KONTEKS MALAYSIA

Negara Maju Acuan Sendiri

Kertas ini akan membahas tentang sebuah model kenegaraan yang ingin diketengahkan kepada perbincangan awam iaitu model sebuah negara impian atau idaman yang diistilahkan sebagai Negara Unggul. Ia merupakan sebuah idea besar yang menjadi landasan kepada pembangunan kenegaraan sebagai sebuah kuasa nasional yang memiliki risalah. Sebuah negara yang dibangunkan berasaskan falsafah peradaban tersendiri.

LATAR GEOPOLITIK DUNIA

Buku ini merupakan sebuah penulisan oleh IRIS Institute yang bertujuan memberikan sebuah kerangka yang lebih menyeluruh dan mendasar dalam memahami elemen yang membentuk geopolitik dunia hari ini.

Latar Geopolitik Dunia memperkenalkan konsep dan kerangka penting dalam geopolitik dunia, seperti kerangka memahami aktor Elit Global Kapitalis Yahudi, terutamanya dari sudut latar belakang mereka dan strategi-strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif penguasaan New World Order. Strategi NWO dibincangkan dalam konteks pelaksanaan agenda Sustainable Development Goals (SDGs), kewujudan Deep State sebagai ‘penjaga’ kepada struktur kawalan NWO pada peringkat negara, kawalan dalam ekonomi melalui institusi bank pusat yang ditentukan coraknya oleh kelompok Elit Global, serta proses merekrut proksi Elit Global dalam kalangan orang tempatan menerusi sistem pendidikan elit Barat.

Skip to content