Sale!

PRA TEMPAH: LAPORAN STRATEGIK KUASA NASIONAL MALAYSIA 2024-2025

Original price was: RM200.00.Current price is: RM150.00.

Laporan ini memberikan gambaran keseluruhan perkembangan strategik Kuasa Nasional 2024-2025. Laporan ini merangkumi:
  1. Trend-trend strategik yang berlaku di peringkat nasional sepanjang tahun 2024-2025.
  2. Bacaan implikasi strategik dan jangkaan senario berdasarkan analisa perkembangan yang berlaku dengan tumpuan kepada cabaran dan ancaman untuk membangunkan kuasa nasional. 
  3. Rekomendasi intervensi strategik untuk mengatasi cabaran dan ancaman kuasa nasional.
Laporan Strategik Kuasa Nasional ini diterbitkan bagi membantu para pemegang taruh untuk memahami impak perkembangan semasa terhadap perancangan strategik dan pembangunan negara, serta memandu membuat keputusan berdasarkan data dan maklumat untuk kepentingan nasional.     

100 in stock

Laporan ini dihasilkan melalui pendekatan analisis sistematik bagi mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber bertulis dan tidak bertulis. Kaedah ini menggabungkan pemantauan persekitaran strategik, penilaian trend-trend strategik dan kaedah ekstrapolasi bagi membuat unjuran masa hadapan. 

Data serta maklumat tentang trend domestik bagi tahun 2023 hingga 2025 dikumpulkan  serta disaring daripada sumber bertulis terbuka seperti pantauan berita, dokumen rasmi kerajaan, laporan dan ulasan media yang diterbitkan. 

Di samping itu, siri-siri perbincangan dan temu bual bersama pakar turut berperanan penting sebagai sumber tidak bertulis untuk membantu dalam analisa maklumat data. Akhirnya membolehkan laporan ini mencerap implikasi perkembangan semasa dan menjangkakan senario yang bakal berlaku dalam landskap negara pada masa hadapan.

Laporan Strategik Kuasa Nasional 2024-2025 disusun mengikut 7 tema atau kluster utama iaitu:

  1. Perkembangan Strategik Politik dan Pentadbiran Malaysia 2024-2025
  2. Perkembangan Strategik Undang-undang Malaysia 2024-2025
  3. Perkembangan Strategik Hubungan Luar Malaysia 2024-2025
  4. Perkembangan Strategik Keselamatan dan Pertahanan Malaysia 2024-2025
  5. Perkembangan Strategik Ekonomi dan Teknologi Malaysia 2024-2025
  6. Perkembangan Strategik Pendidikan, Media dan Sosial Malaysia 2024-2025
  7. Perkembangan Strategik Identiti & Budaya Malaysia 2024-2025

IRIS Institute bersedia untuk menyokong para pemegang taruh dan pembuat dasar dengan khidmat perundingan dan maklumat lanjut dalam sesi tertutup. IRIS Institute juga mengalu-alukan semua pihak yang ingin memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk seperti idea, tenaga, kepakaran dan kewangan dalam usaha kajian kuasa nasional.

Jumlah Muka Surat: 350
ISBN: 978-967-19698-4-7

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.