Universiti Malaya anjur seminar sempena sambutan 100 tahun parti komunis china

KUALA LUMPUR: Pada 23 Jun, seminar akademik secara maya telah diadakan dengan tajuk “Pemerintahan China: Perspektif dari Negara-negara Asia Tenggara” yang dianjurkan oleh Institut Pengajian China Universiti Malaya telah diadakan di Malaysia.

Duta Besar China ke Malaysia Ouyang yang menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan di hadapan hampir 200 orang yang terdiri daripada pegawai kerajaan, sarjana, wartawan, dan wakil belia dari negara China dan Asia Tenggara.

Seminar ini diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-100 Parti Komunis China beberapa hari lagi (Semalam).

Dalam ucapannya duta tersebut menyebut, “Kejayaan parti komunis tidak dapat dinafikan dengan apa yang dialami oleh China hari ini yang sudah menjadi kuasa besar dunia.”

“Sejak satu tahun terakhir ini China dan Malaysia telah bekerjasama memerangi wabak Covid-19 dan juga projek-projek besar lain.”

“China bersedia untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan bertukar-tukar pandangan mengenai sistem politik China, pembangunan ekonomi, pengurusan sosial, anti-wabak, pengurangan kemiskinan, peralatan berteknologi tinggi dan topik-topik lain.”

Danny Wong Tze Ken Dekan Fakulti Kesenian & Sains Sosial Universiti Malaya, mengucapkan tahniah di atas penganjuran seminar tersebut bagi pihak Universiti Malaya dan mengatakan bahawa dalam 40 tahun terakhir, China telah mencapai pencapaian pembangunan yang luar biasa dalam bidang ekonomi, masyarakat, sains dan teknologi, pendidikan, dan lain-lain.

“Ini menunjukkan kelebihan tadbir urus China adalah kemampuan untuk melaksanakan rancangan pembangunan sendiri dan mempromosikan pembangunan negara,” katanya.

Sebagai negara besar dengan populasi 1.4 bilion, China telah mengetuai pengendalian wabak domestik, dan juga telah memberikan bantuan kepada negara jiran-jiran dan antarabangsa.

Sebelum ini, pemerintah China mengumumkan sumbangan 500,000 dos vaksin Covid-19 kepada kerajaan Malaysia, untuk membantu Malaysia mencapai matlamat “herd immunity”. Semangat yang sama juga dicerminkan dalam kerjasama antarabangsa seperti “Belt and Road” yang dimulakan oleh China.

Kini, Universiti Malaya menjalin kerjasama dengan lebih daripada 80 kolej dan universiti China untuk menjalankan kerjasama akademik, penyelidikan bersama dan pertukaran pelajar.

Universiti Malaya merancang lebih banyak pertukaran dan kerjasama dengan universiti-universiti China untuk membantu pengembangan kerjasama strategik Malaysia-China.

Sumber: Facebook Kedutaan China di Malaysia 

Dapatkan buku yang bertajuk Penchinaan Malaysia: Tergadaikah Tanah Kedaulatan Bangsa? (Pemenang Anugerah Buku Negara 2019) pada pautan dibawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syarikat Teknologi Israel Cuba Dominasi Sektor Pertanian Makanan Asia Tenggara

Next Post

MCA Ucap tahniah ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China

Related Posts
Skip to content