China Lancarkan Satelit TJS-11 Tingkatkan Kuasa di Ruang Angkasa, Bina Rangkaian Perisikan Angkasa Lepas Bagi Pantauan ke atas Indo Pasifik

Pada 23 Februari 2024, China melancarkan satelit TJS-11 dari Pusat Pelancaran Satelit Wenchang di Pulau Hainan. Pelancaran TJS-11 ini merupakan pelancaran ke-9 misi orbit China pada tahun ini. China Aerospace Science and Technology Corp (CASC), berkata China dijangka melakukan kira-kira 100 misi pelancaran angkasa lepas tahun ini, sekali gus memecahkan rekod negara itu sebelum ini iaitu 67 misi. (Space NewsCASC)

Menurut ahli astronomi dan ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Harvard–Smithsonian, Jonathan McDowell, TJS-11 merupakan samaran kepada aktiviti ketenteraan China di angkasa termasuk mampu memberi amaran awal dan menjalankan kegiatan perisikan isyarat (SIGINT). Seperti versi TJS sebelum ini iaitu TJS-3, TJS-11 dikatakan mempunyai kebolehan untuk melakukan aktiviti penyamaran komunikasi bagi urusan pencurian data. (Space News, Kalea Texeira)

Selain siri satelit TJS yang dilancar sejak tahun 2015, China juga telah melancarkan satelit optik Yaogan-41 pada 15 Disember 2023. Yaogan-21 direka untuk menangkap imej optik resolusi tinggi. Menurut felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Clayton Swope, penggabungan data di antara TJS dan Yaogan-41 membolehkan China mengenal pasti dan menjejak objek bersaiz kereta di seluruh rantau Indo-Pasifik. (Space News)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiong King Sing Cadang Syarat Lebih Longgar Untuk Program MM2H, Risiko Tingkatkan Demografi Asing Terutamanya Dari China

Next Post

SKMM dengan Kerjasama Penyedia Paltform Media Sosial Turunkan 6,492 Konten Sejak Awal Tahun 2023, Tingkat Kawalan ke atas Konten dan Akaun Media Sosial

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content