Amerika Syarikat beri bantuan ketenteraan RM2.31 bilion kepada Filipina, tingkatkan pengaruh AS ke atas infra strategik Filipina di Laut China Selatan

Amerika Syarikat telah mengumumkan bantuan ketenteraan sebanyak US$500 juta (RM2.31 bilion) kepada Filipina. Pelaburan besar oleh AS dalam bantuan ketenteraan kepada Filipina bukan hanya bertujuan untuk memperkukuhkan pertahanan negara tersebut, tetapi juga sebagai kaedah untuk mendapatkan akses yang lebih mudah dan strategik di Filipina. – (SCMP)

Pengumuman ini dibuat oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin, semasa lawatan mereka ke Manila pada 1 Ogos 2024. Bantuan ini termasuk pelaburan dalam projek infrastruktur di bawah Perjanjian Kerjasama Pertahanan (EDCA), dengan kira-kira US$128 juta daripada dana tersebut akan disalurkan kepada projek infrastruktur EDCA. Ini merangkumi pelbagai lokasi strategik termasuk Fort Magsaysay di Nueva Ecija, Basa Air Base di Pampanga, Mactan-Benito Abuen Air Base di Cebu, Antonio Bautista Air Base di Palawan, dan Lumbia Air Base di Cagayan de Oro. Projek-projek ini melibatkan pembinaan gudang bantuan kemanusiaan, penambahbaikan landasan, dan infrastruktur arahan dan kawalan yang akan memperkukuh keupayaan pertahanan dan respons bencana Filipina. – (Nikkei Asia, U.S. Department of Defense)

Di bawah perjanjian ini, tentera A.S. diberi kebenaran untuk mengakses dan menggunakan pangkalan tentera Filipina secara bergilir. Ini bermaksud tentera A.S. boleh berada di lokasi-lokasi tersebut untuk tempoh tertentu, tetapi hanya dengan kebenaran Filipina. Walaupun tentera A.S. tidak ditempatkan secara tetap di Filipina, perjanjian ini memberikan kelebihan kepada A.S. untuk memerhati dan mengumpul maklumat strategik secara berterusan di lokasi-lokasi tersebut. – (The diplomat)

Akses ini membolehkan A.S. menjalankan latihan, transit, pengisian bahan bakar, penyelenggaraan sementara, penyimpanan peralatan, dan aktiviti lain yang dibenarkan. Selain itu, Perjanjian EDCA membolehkan tentera A.S. menyimpan peralatan dan bekalan ketenteraan di pangkalan-pangkalan tersebut. –The diplomat, Al Jazeera, state.gov)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan akan pajak 62 set tren penumpang daripada China, tingkatkan kebergantungan negara terhadap teknologi China dalam rangkaian KTMB

Next Post

Yong Tai Berhad bangunkan bandar dan teater beridentitikan China di Melaka dengan bantuan pelaburan China

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content