KPM Setuju Serahkan Bidang Kuasa Pendidikan Kepada Sarawak, Tambah Pencapaian Sarawak dalam Tuntutan Autonomi

Sarawak berjaya menambah senarai autonomi diperolehi daripada persekutuan selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya pada 13 September lalu bersetuju sepenuhnya terhadap 10 tuntutan pendidikan yang dikemukakan negeri itu pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

10 tuntutan itu termasuk usaha mengukuhkan pelibatan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), kebenaran mengambil guru Contract of Service (CoS) tertakluk kepada pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berdasarkan keperluan/keutamaan serta pelibatan dalam perancangan projek pembangunan pendidikan. – KPM

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak juga diberi kuasa untuk meluluskan projek pembangunan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak atau pihak lain di Sarawak tanpa memerlukan kelulusan Putrajaya. – KPM

Selain itu, mesyuarat ini turut menekankan keperluan merunding dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan sebelum Menteri Pendidikan membuat kelulusan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). – KPM

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Kerajaan Sarawak mendakwa telah mendapat persetujuan KPM membabitkan 15 perkara berkenaan penurunan kuasa bidang pendidikan daripada kerajaan pusat kepada negeri itu dan sedang dalam proses pendokumentasian. Antara perkara yang disenaraikan adalah kebenaran meluluskan apa-apa aktiviti atau program pendidikan yang dibiayai kerajaan negeri oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan kebenaran menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. – Berita Harian

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, setakat ini, sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan dengan tujuh daripadanya adalah di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Astro Awani

Katanya, tujuh perkara tersebut termasuk mengikitraf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 [Akta 533], pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, dan garis panduan khas penyerahan semula tanah dirizabkan bagi maksud Persekutuan di Sabah dan Sarawak. – Astro Awani

Manakala, tiga lagi tuntutan seperti penyerahan kuasa ke atas pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Sabah, pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan serta pemberian kuasa berkaitan pelesenan dan penangkapan ikan laut dalam kepada Sabah dan Sarawak telah diselesaikan semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Astro Awani

Sementara itu, penyerahan kuasa kawal selia Gas Petroleum Cecair (LPG) kepada Sarawak pula dilakukan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Astro Awani

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kadar Ambang Persetujuan 100% penduduk akan diturunkan sehingga 51% melalui Akta Pembaharuan Semula Bandar, beri kelebihan kepada pemaju

Related Posts

RADAR EDISI 88

[membership level=”1″] RADAR EDISI 8828 Okt 2019 -DALAM NEGARA- Ekonomi 1. Malaysia bergantung kepada makanan luar, bil Import…
Read More

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content