AS Lulus bantuan ketenteraan bernilai USD1.3 bilion ke mesir, ganjaran bantu kekalkan penguasaan israel ke atas koridor philadelphi

Amerika Syarikat pada 11 September meluluskan bantuan ketenteraan berjumlah USD1.3 bilion kepada Mesir atas persetujuannya mengekalkan penguasaan Israel ke atas Koridor Philadelphi yang merupakan sebahagian daripada syarat-syarat genjatan senjata yang dikemukakan Netanyahu.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken memberitahu kongres bahawa bantuan ketenteraan ini tidak tertakluk kepada syarat-syarat biasa yang memerlukan Mesir menambah baik rekod hak asasi manusianya. Katanya, bantuan ini penting untuk memastikan keamanan serantau dan sebagai ganjaran khusus dan berterusan kepada Mesir dalam menjaga kepentingan keselamatan AS di rantau terutamanya dalam memuktamadkan perjanjian gencatan senjata di Gaza. – Al-Jazeera

Blinken semalam melakukan lawatan rasmi ke Mesir bagi membincangkan  perjanjian gencatan senjata di Gaza terutamanya mengenai tuntutan Israel untuk mengekalkan pasukannya di Koridor Philadelphi untuk mengekalkan zon penampan antara Gaza dan Mesir dan butiran pertukaran tebusan untuk tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel. – Reuters

Koridor Philadelphi merupakan laluan strategik bagi kemasukan barangan ke Gaza melalui Mesir, namun Israel menuduh Hamas menggunakan laluan tersebut untuk menyeludup senjata. Koridor ini mencetuskan cabaran dalam proses gencatan senjata kerana Hamas menuntut Israel berundur dari kawasan tersebut, manakala Israel enggan atas alasan keselamatan.

Israel mengambil alih kawalan ke atas Koridor Philadelphi yang termasuk lintasan rafah sejak Mei lalu. Meskipun secara terbuka Mesir menentang kawalan Israel sepanjang sempadan itu, perjumpaan tertutup antara dua negara itu menyatakan sebaliknya.

Berdasarkan sumber yang berkata kepada portal Middle East Eye, Mesir dan Israel telah mencapai persefahaman yang membolehkan Israel mengekalkan kawalannya ke atas sempadan Mesir-Gaza itu sebagai pertukaran kepada lintasan Rafah dibuka semula dan dikendalikan oleh wakil Palestin. – MEE

Sumber itu berkata, Israel membentangkan dua pilihan kepada Mesir. Pertama, Israel mengekalkan kehadiran tentera sepanjang koridor itu. Kedua, menggantikan tentera dengan penghadang bawah tanah, peralatan pemantauan elektronik dan rondaan berkala. Walau bagaimanapun, Israel dilaporkan lebih gemar dengan pilihan pertama. – MEE

Walaupun Mesir pada awalnya menolak cadangan itu atas alasan menggugat kedaulatannya, faktor kebergantungan ekonomi dan keselamatan kepada Israel dan AS menyebabkan Mesir akur dengan tuntutan itu. – MEE

Dalam pada itu, Hamas menganggap keengganan Israel untuk berundur sepenuhnya daripada Semenanjung Gaza terutamanya di koridor Philadelphi menggugat perjanjian genjatan senjata. Selain itu, sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu MEE bahawa mereka tidak mengetahui apa yang telah dipersetujui oleh Israel dan Mesir, namun menganggap persetujuan itu tidak mengejutkan atau semestinya diterima oleh pergerakan itu. – MEE

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPM Setuju Serahkan Bidang Kuasa Pendidikan Kepada Sarawak, Tambah Pencapaian Sarawak dalam Tuntutan Autonomi

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content