Dalam keadaan operator-operator tempatan semakin mengecilkan pegangan dalam aset gas, syarikat asing seperti TotalEnergies dan ConocoPhillips terus mengukuhkan pengaruh mereka di Malaysia menerusi pengambilalihan kepentingan dalam beberapa blok luar pesisir daripada Petronas dan Sapura.
Pada 16 Jun, Petronas dan TotalEnergies telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dan dua perjanjian penyerahan hak bagi memperluas kerjasama dalam sektor huluan. – The Edge
Perjanjian tersebut menyaksikan syarikat minyak gergasi Perancis itu memperoleh 50% kepentingan operasi dalam dua blok luar pesisir Sarawak , SK301b dan SK313, yang mengandungi penemuan gas berjumlah lebih empat trilion kaki padu. – Offshore-Mag
Manakala, baki 50% kepentingan dalam kedua-dua blok berkenaan akan dipegang oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Petronas. – Offshore-Mag
Selain itu, TotalEnergies memaklumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh 24.5% kepentingan daripada Petronas dalam Blok Bobara di luar pesisir Indonesia bagi melaksanakan kerja-kerja penerokaan minyak. – The Edge
Terdahulu, pada Disember 2024, TotalEnergies berjaya mengambil alih 100% kepentingan yang dipegang oleh OMV (50%) dan Sapura Upstream Assets Sdn Bhd (50%) dalam pengeluar gas Malaysia, SapuraOMV Upstream. – OMV, The Edge
Pengambilalihan ini memberikan TotalEnergies kawalan ke atas dua blok luar pesisir milik SapuraOMV di Sarawak, masing-masing melibatkan 40% kepentingan dalam Blok SK408 dan 30% dalam Blok SK310. – The Edge
Langkah strategik ini melengkapkan rangkaian aset TotalEnergies di Malaysia, termasuk pegangan 40% dalam Blok SB412, 34.9% dalam Blok SB‑2K dan SB‑N, serta 85% dalam Blok DW2E. – TotalEnergies
Pada awal tahun ini, PETRONAS telah memindahkan tanggungjawab pengendalian bagi Perjanjian Perkongsian Pengeluaran Kumpulan Kebabangan (PSC KBBC).
Pemindahan pengendalian tersebut menjadikan ConocoPhillips Sabah Gas Ltd. sebagai pengendali tunggal bagi PSC KBBC yang mempunyai kapasiti eksport sehingga 750 juta kaki padu gas sehari (MMscfd) di luar pesisir Malaysia kepada ConocoPhillips Sabah Gas. – Petronas
Sebelum ini, operasi PSC tersebut dikendalikan oleh Kebabangan Petroleum Operating Company (KPOC), sebuah usaha sama antara Petronas Carigali, Shell Energy Asia dan ConocoPhillips Sabah Gas.
Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute
**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab