Industri Tembakau Catat Keuntungan, namun Negara Tanggung Kerugian Ekonomi RM18 Bilion

Industri tembakau di Malaysia mencatatkan penghasilan produk tembakau tertinggi dalam sektor pembuatan.

Berdasarkan Statistik Kapasiti Penggunaan Industri Pembuatan, pembuatan produk tembakau dilihat konsisten tertinggi dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu pada 89.3% (2023) , 92.5% (2024), 90.4% (2025). Ini menunjukkan tahap pengeluaran yang hampir penuh bagi pembuatan produk ini. (Kementerian Ekonomi)

Kapasiti penggunaan adalah nisbah pengeluaran sebenar yang dihasilkan berbanding pengeluaran output pada kapasiti penuh melalui gabungan optimum mesin, bahan mentah dan buruh. (Kementerian Ekonomi)

Pengeluaran produk tembakau sepenuhnya untuk memenuhi keperluan pasaran domestik. Proses pengeluaran ini melibatkan penggunaan input sekitar 15 juta kilogram tembakau termasuk 5 juta kilogram yang diimport. Setiap tahun, kira-kira 19 bilion batang rokok dihasilkan oleh tiga pengilang rokok utama di Malaysia. (LKTN)

Industri tembakau Malaysia dipelopori oleh syarikat asing seperti British American Tobacco Malaysia, Japan Tobacco International Malaysia dan Philip Morris Malaysia Sdn Bhd and Godfrey Philips (Malaysia). (Global Tobacco Index)

Walaupun industri tembakau menjana pendapatan kerajaan sebanyak RM 9.26 Bilion (data 2021) tetapi kerajaan menanggung kerugian ekonomi sebanyak RM 18.40 Bilion. Ini bermaksud kos rawatan kesihatan bagi penyakit berkaitan merokok dan kehilangan produktiviti adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding hasil cukai yang dikutip. (Global Tobacco Index)

Sedangkan syarikat-syarikat tembakau terus menjana keuntungan saban tahun. Sebagai contoh, British American Tobacco Malaysia (BAT) mencatatkan rekod keuntungan bersih RM 202.45 juta bagi tahun 2025 meningkat 10.5% berbanding RM 183.14 juta pada tahun 2024 melalui jenama-jenama rokok keluarannya seperti Dunhill, Benson & Hedges, Peter Stuyvesant, KYO, Rothmans dan Luckies. (Dagang News)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kongsi gelap dan ancaman keselamatan negara

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000