Langkau ke kandungan
Radar 1 minit bacaan Oleh fokusmyadmin

Vietnam mendahului negara Asia Tenggara lain dalam pembangunan tenaga nuklear dengan Rusia

Persoalan

Apakah yang dimeterai Vietnam dengan Rusia dalam pembangunan tenaga nuklear?

Kenapa ia penting

Vietnam menandatangani perjanjian dengan Rusia bagi pembinaan dua reaktor oleh Rosatom di loji kuasa nuklear Ninh Thuan 1 dengan jumlah output 2,400 MW, mendahului negara lain di Asia Tenggara. Langkah ini didorong krisis bekalan minyak global akibat perang Israel-AS dengan Iran, yang menaikkan harga petrol di Vietnam sekitar 50% dan diesel sekitar 70%. Kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian pengeluaran minyak dan gas.

Vietnam telah menandatangani beberapa perjanjian berkaitan tenaga dengan Rusia, termasuk satu mengenai pembinaan loji kuasa nuklear di selatan negara itu mendahului negara lain di Asia Tenggara.

Perjanjian itu telah ditandatangani di Moscow oleh Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan rakan sejawatannya dari Rusia, Mikhail Mishustin semasa lawatannya ke Rusia selama tiga hari.

Chinh telah membentangkan rangka kerja perundangan untuk pembinaan dua reaktor kuasa nuklear oleh syarikat tenaga nuklear negara Rusia, Rosatom, di loji kuasa nuklear Ninh Thuan 1 yang dicadangkan oleh Vietnam. Kedua-dua reaktor itu akan mempunyai jumlah output sebanyak 2,400 MW.

Ketua Rosatom, Alexey Likhachev, berkata bahawa perjanjian itu akan menjadi “asas untuk perkongsian perindustrian jangka panjang, yang akan memperkukuh kebebasan tenaga Vietnam dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi”.

Usaha ini terlaksana dipacu oleh krisis bekalan minyak global yang terjejas akibat perang Israel-AS vs Iran yang telah menyebabkan lonjakan harga bahan api di Vietnam. Harga petrol telah meningkat sekitar 50 peratus dan harga diesel sekitar 70 peratus di negara itu sejak bermulanya konflik.

Selain perjanjian nuklear, mereka turut telah menandatangani perjanjian mengenai pengeluaran minyak dan gas di kedua-dua negara. Ketua Pegawai Eksekutif Novatek, Leonid Mikhelson menyatakan usaha rundingan ini telah berlaku selama lebih lima tahun.

Sumber: The Diplomat, TASS, Vietnam Investment Review, France

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Dapatkan laporan penuh tentang PERANG AS-ISRAEL KE ATAS IRAN: BERSEDIAKAH MALAYSIA? pada link di bawah:

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Ruangan wajib ditanda *