Khaled Meshaal Terima Jemputan ke Moscow, Rusia Tawar Pertolongan ke arah Pengiktirafan Negara Palestin

Hamas leader Khaled Meshaal speaks as he attends a news conference with Iranian Foreign Minister Manouchehr Mottaki, unseen, in Tehran, Iran, Saturday May 24, 2008. Mashaal said Israeli Prime Minister Ehud Olmert is too weak to take the necessary steps for peace with Syria and expressed doubts about the Israel's seriousness in negotiations, during a visit to Tehran. (AP Photo/Hasan Sarbakhshian)
 (Sumber: AP Photo/Hasan Sarbakhshian)

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Doha pada Isnin. Dalam pertemuan tersebut, Khaled Meshaal turut menerima jemputan ke Moscow, sekaligus menggalakkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tersebut.

Meshaal mengetuai satu delegasi bertemu Lavrov bagi menerangkan situasi terkini di Gaza selepas perang terhadap Israel pada tahun lalu.

Meshaal dalam pertemuan tersebut turut membangkitkan isu keganasan Zionis di Tebing Barat yang  bertindak biadap mencemar tempat suci Muslim dan Kristian di Jerusalem, tiga hari selepas tindakan kejam pelampau Yahudi membakar bayi Palestin.

Menurut sumber rasmi Hamas di Gaza, Lavrov berhasrat untuk memanjangkan perbincangan ini dengan menjemput pimpinan Hamas untuk lawatan ke Moscow dan Hamas telah bersetuju untuk memenuhi jemputan tersebut pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Hamas pada ketika ini sedang menerima tekanan hebat dari Barat disebabkan ketegasan mereka menolak pengiktirafan negara haram Israel serta menolak perjanjian damai sementara antara Palestin dan Israel. Walaubagaimanapun, Rusia menganggap ianya tidak adil untuk Hamas diberi tekanan sedemikian.

Lavrov turut menyatakan kesediaan Moscow untuk memainkan peranan dalam usaha mencapai solusi terbaik bagi konflik Palestin.

“Kami ingin melihat semua rakyat Palestin mempunyai tempat tinggal yang tetap” kata Lavrov, menurut agensi berita Rusia, TASS.

“Kami berharap dengan bantuan dari Rusia dan seluruh dunia, bahawa impian ini akan menjadi kenyataan” demikian balas Meshaal.

Kali terakhir Meshaal ke Moscow pada tahun 2010, 4 tahun selepas lawatan rasmi pertama beliau ke ibu kota Rusia tersebut.

 

Terjemahan: Huzaifah Ibrahim

Sumber: Reuters, MEM

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Erdogan Bakal Merasmikan Kompleks Kebudayaan Uthmaniyyah Terbesar Dunia di Amerika Syarikat

Next Post

Amerika Perkukuh Kerjasama dengan ASEAN

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content