Terkini: Hamas Umum Gerakan INTIFADA Al-Quds Bermula

Sumber: Muhammed Abed (AFP)
Sumber: Muhammed Abed (AFP)

Pimpinan Hamas di Gaza mengumumkan gerakan intifada yang terbaru berikutan kejadian tembak mati enam orang rakyat Palestin di pintu sempadan.

Haniyeh mengeluarkan kenyataan tersebut dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Gaza.

“Kami menyeru usaha menguatkan dan meningkatkan lagi gerakan Intifada. Ini adalah satu-satunya jalan ke arah pembebasan Palestin. Gaza akan menyahut seruan untuk mempertahankan al-Quds dengan melakukan intifada ini dan kami lebih dari bersedia untuk sebarang pertempuran,” kata Haniyeh.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ismail Haniyeh tersebut bertentangan dengan kenyataan pimpinan Fatah, termasuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Walaubagaimanapun, penggunaan hashtag #intifada semakin meluas di laman sosial rakyat Palestin.

Menurut seorang pegawai hospital di Gaza, setakat ini, tentera Israel telah membunuh 6 orang dan mencederakan 23 yang lain dalam satu pertempuran.

Pertempuran tersebut diadakan bagi memberi sokongan kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis dan juga berikutan beberapa serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan beberapa tindak balas Yahudi ke atas Arab.

 

Diterjemah oleh: Nur Hanis

Sumber: TheGuardian

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

China Bakal Sertai TPPA?

Next Post

Mengapa Perjanjian TPP Terlalu Berahsia?

Related Posts

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content