Akta Syarikat (Pindaan) 2024 Mengikut Piawaian Agensi Antarabangsa yang mengesan dan menyekat dana Hamas

Malaysia meminda Akta Syarikat 2016 selaras dengan piawaian antarabangsa ditetapkan Financial Action Task Force (FATF), yang bertanggungjawab mengesan dan menghentikan aliran kewangan antarabangsa kepada Hamas sejak Oktober 2023 sebagai langkah memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Pada 1 April lalu, Malaysia telah membuat pindaan terbaru kepada Akta Syarikat 2016 melalui Akta Syarikat (Pindaan) 2024. Pindaan ini mengandungi 31 fasal yang terdiri daripada empat kluster polisi yang salah satunya mahu memperkukuh kerangka pelaporan pemunyaan benefisial. – (SSM)

Dalam kluster polisi 3 pindaan tersebut, syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) wajib melaporkan pemunya benefisial syarikat kepada SSM. Pemunya benefisial adalah individu atau orang perseorangan yang sebenarnya memiliki atau mengawal sebuah entiti. – (SSM)

Pada Oktober 2023, FATF dengan kerjasama ahli-ahlinya telah mengeluarkan laporan yang bertajuk Crowdfunding for Terrorism Financing yang menyatakan bagaimana Hamas menggunakan teknik crowdfunding untuk mengumpul wang bagi serangan mereka. – (FATF)

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sarawak peruntuk tambahan RM2.36 juta kepada sekolah Mubaligh Kristian, menjadikan RM20 juta secara keseluruhan tahun ini

Next Post

Pope Francis adakan lawatan ke Asia Tenggara, promosi agenda pluralisme agama melalui dialog antara agama

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000

Berminat Untuk Menyumbang?

Kami di FOKUS sentiasa menghargai sokongan anda untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan lagi mutu dan membantu operasi laman web ini.

Skip to content