Bank Dunia: Israel, Mesir Punca Krisis Fiskal di Gaza

palestinian-workmen-contruction-cement-labourer
Rakyat Palestin sedang bekerja di tapak pembinaan.

 

Gaza, 25 Mei 2015- Ahad lalu, Qurd Press melaporkan kadar pengangguran di Gaza; yang terdiri daripada belia dan graduan universiti mencatatkan rekod yang paling tertinggi di dunia.

Kadar tersebut meningkat kepada 44% pada tahun 2014 beserta kenaikan kadar kemiskinan sebanyak 39%. Hal ini menyangkal fakta bahawa setiap 4 daripada 5 orang rakyat Gaza menerima ”beberapa bantuan”.

Menurut Pengarah Negara bagi Tebing Barat dan Gaza, Steen Lau Jorgensen, kedua-dua kadar ini menunjukkan situasi ekonomi di Gaza yang sangat membimbangkan.

Israel Laknatullah dan Mesir adalah pihak yang seharusnya bertanggungjawab atas situasi genting yang berlaku di Gaza termasuklah kemerosotan kegiatan ekspot di daerah pesisiran pantai itu kerana kepungan ketat sejak 2007 dan peperangan yang tercetus.

Disebabkan sekatan tersebut Gaza semakin tenat dengan kejatuhan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi 50% dan mencatatkan kerugian yang besar.

Bank Dunia menggesa Pihak Berkuasa Palestin (PA), Israel Laknatullah dan komuniti dunia untuk mengambil tindakan dalam memastikan ekonomi Gaza kembali pulih semula.

Sumber: www.middleeastmonitor.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerana Kecuaian Pentagon, 9 Makmal Terima Padah Akibat Terima Bakteria Berbahaya

Next Post

Israel Mencabul Undang-undang Kebangsaan dan Parlimen Antarabangsa EU

Related Posts
Skip to content