Gaza : Kadar Kemiskinan Meningkat Sehingga 38.8 Peratus Disebabkan Sekatan Israel

010

Palestinian Centre for Human Rights (PCHR) telah mendedahkan bahawa kepungan Israel yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza selama lebih lapan tahun telah menyebabkan peningkatan kemiskinan di wilayah pantai Gaza. Kadar kemiskinan bagi separuh pertama tahun ini sehingga kini telah mencapai 38.8 peratus, manakala 21.1 peratus daripada peratus tersebut adalah kemiskinan tegar.

PCHR berkata dalam kenyataan akhbar bahawa pihak berkuasa Israel terus mengasingkan Gaza dan mengenakan kawalan ketat dan sekatan laut di wilayah itu.

NGO tersebut juga menyatakan bahawa di samping menyebabkan peningkatan dalam kadar kemiskinan, sekatan Israel telah menyebabkan pengangguran meningkat kepada 44 peratus. Hal ini menunjukkan tahap kemerosotan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Tindakan kejam Israel dan pengepungan Gaza telah menyebabkan hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan 1.8 juta penduduk Gaza semakin terkubur,” tambah lagi, “dan juga kemerosotan yang serius dalam kondisi hidup mereka.”

Pada bulan Mei, Bank Dunia berkata ekonomi Gaza merupakan salah satu yang paling teruk di dunia, dengan kadar pengangguran pada 43 peratus. Angka itu melonjak kepada hampir 70 peratus dalam kalangan mereka yang berumur lingkungan 20-24 tahun.

 

Terjemahan : Farris Hanafi
Sumber : MEM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir Menahan 79 Ahli Ikhwan Dalam Tempoh 24 jam

Next Post

Qatar, Majlis Ulama Arab Saudi Mengutuk Tindakan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa

Related Posts
Skip to content