Langkau ke kandungan

Pra-tempahan dibuka · Pelancaran 19 Disember 2026

Kuasa
Nasional

Kerangka Struktural Pembinaan Negara Unggul

Mengapa negara yang kaya dengan sumber, sejarah dan tamadun masih gagal menentukan masa depannya sendiri? Buku terbaharu IRIS Institute ini menawarkan kerangka struktural untuk membina negara yang kuat, maju dan berdaulat, mengikut acuan sendiri.

Pelancaran dalam

–hari–jam–minit–saat
Kulit buku Kuasa Nasional: Kerangka Struktural Pembinaan Negara Unggul, terbitan IRIS Institute
4
bab utama
300+
halaman
10
paksi pengupayaan
2026
cetakan pertama

Tentang buku

Kaya, tetapi tidak berkuasa

Banyak negara memiliki populasi besar, wilayah luas, sumber alam yang melimpah dan warisan tamadun yang agung. Namun mereka masih berada dalam ketundukan dan kebergantungan kepada kuasa asing, sekadar memenuhi cita-cita negara lain yang pernah menjajah mereka.

Kuasa Nasional berhujah bahawa ini bukan sekadar masalah politik, ekonomi atau teknologi, tetapi krisis yang lebih mendasar: krisis pemikiran dan krisis kuasa. Buku ini membawa perbahasan tentang pembinaan negara ke aras kerangka berfikir yang konkrit dan realistik, dalam konteks dunia hari ini.

Ia lahir daripada perjalanan penyelidikan IRIS yang panjang, siri Dialog Kuasa Nasional bersama sarjana dan penggubal dasar, serta pantauan strategik yang berterusan.

Kulit buku

Makna di sebalik simbol

Simbol pada kulit buku dibina dengan kaedah geometri klasik: bermula daripada satu titik pusat, sebuah bulatan dibahagi kepada sepuluh bahagian sama, lalu titik-titiknya disambung membentuk paksi, bucu dan bintang yang saling berkait. Cara pembinaan ini sejajar dengan gagasan buku: negara yang unggul dibina di atas kerangka struktural yang tersusun dan bersepadu.

Garis binaan
01 / 07

Di dalam buku

Isi kandungan

Empat bab yang bergerak daripada mengenal pasti masalah, kepada membina kerangka, menguji wacana, dan meneliti pengalaman kuasa-kuasa dunia hari ini.

  1. Bahagian awal

    Kata Pengantar · Prakata · Penghargaan · Simbol Kuasa Nasional

  2.  

    Pendahuluan

    • Negara dan Peradaban
    • Konsep dan Peranan Bangsa dalam Negara
    • Konsep Barat yang Sempit dan Negatif Mengenai Bangsa dan Negara
    • Permasalahan Negara Bangsa (Nation State) Moden
    • Kerangka Pemikiran Baharu Mengenai Negara
  3. Bab 1

    Masalah Kuasa dalam Kerangka Pembangunan Negara

    • Masalah Model Pembangunan Negara Berpaksikan Ekonomi
    • Terperangkap dalam Kerangka Kenegaraan dan Kawalan Orde Dunia Barat
    • Belenggu Kerangka Ilmu Barat dalam Memahami Kehidupan Bernegara
    • Halangan Struktural dalam Pembangunan Kuasa Nasional
  4. Bab 2

    Kerangka Kuasa Nasional dalam Membangunkan Negara Unggul

    • Definisi dan Konsep Kuasa Nasional
    • Kerangka Konsep Kuasa Nasional
    • Nilai-Nilai Kuasa Nasional
    • Strategi Pengupayaan Kuasa Nasional
    • Lima Indikator Kuasa Nasional
  5. Bab 3

    Wacana mengenai Negara, Kuasa dan Tamadun

    • Pengalaman Dunia Barat
    • Pengalaman Dunia Islam
    • Lima Permasalahan Utama dalam Kerangka Pembinaan Negara Sedia Ada
  6. Bab 4

    Kajian Kes Kuasa Nasional Kontemporari

    • Amerika Syarikat
    • China
    • Turki
    • Israel
    • Pengajaran dan Kritikan Kajian Kes
  7.  

    Penutup

  8. Bahagian akhir

    Glosari · Indeks

Kata pengantar

“Buku ini bukanlah sebuah titik noktah, tetapi ia adalah titik permulaan. Ia adalah sebuah kerangka fikir, sebuah pelawaan untuk berdialog dan berijtihad secara kolektif demi masa depan ummah dan khususnya tanah air kita, Malaysia.”

Ustaz Haji Abdullah Zaik Abdul RahmanFelo Utama, Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR)

Pra-tempahan

Jadilah antara pembaca terawal

  1. 23 November 2026Pra-tempahan dibuka
  2. 19 Disember 2026Pelancaran
  3. Selepas pelancaranNaskhah pra-tempahan mula dihantar

Buku sahaja

Kuasa Nasional

Kerangka Struktural Pembinaan Negara Unggul

RM100.00 RM80.00

Harga promosi hingga 19 Disember 2026

Naskhah dihantar selepas pelancaran pada 19 Disember 2026.

Tempahan pukal untuk universiti, perpustakaan atau organisasi? Hubungi IRIS Institute.

Bahan berkaitan

Teruskan bacaan

Laporan dan analisis IRIS yang menggunakan kerangka Kuasa Nasional.

Pasukan

Di sebalik buku ini

Penulis
IRIS Institute
Penasihat utama
Ustaz Hj Abdullah Zaik Abd Rahman
Ketua editor
Dr. Norsaleha Mohd Salleh
Editor
Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim · Mohamad Asyraf Mohamad Farique
Barisan penulis
Mohd Zul Fahmi Md Bahrudin · Dr. Adilah Zafirah Mohd Suberi · Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim · Mohamad Asyraf Mohamad Farique
Sidang redaksi
Dr. Rahimah Jurij · Fathiah Zulkifli · Muhammad Wafiq Azman · Muhammad Aiman Ahmad Faudzi · Muhd Irfan Izhar · Ibrahim Abdullah Zaik · Mohamad Ali Mohamad Zaki
Reka bentuk & susun atur
Wafiq Azman
Penerbit
Interdisciplinary Research and International Strategy Berhad (IRIS Institute)

Soalan lazim

Bila naskhah pra-tempahan akan dihantar?

Penghantaran bermula selepas majlis pelancaran pada 19 Disember 2026. Anda akan menerima e-mel pengesahan sebaik sahaja tempahan dibuat.

Bagaimana cara pembayaran?

Pembayaran dibuat secara dalam talian melalui ToyyibPay (FPX perbankan internet) di halaman pembayaran FOKUS.

Boleh tempah lebih daripada satu naskhah?

Boleh. Tetapkan kuantiti sebelum ke halaman pembayaran. Untuk tempahan pukal institusi, hubungi [email protected].

Adakah harga sudah termasuk penghantaran?

Kos penghantaran dikira di halaman pembayaran mengikut alamat anda.