Malaysia Terseret dalam Persaingan Mineral Kritikal AS–China, AS Tuntut Akses Dan Keutamaan ke atas Deposit Mineral Negara

Malaysia semakin terperangkap dalam percaturan geopolitik AS–China selepas Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menghadiri Mesyuarat Mineral Kritikal di Washington D.C., di mana AS mendesak akses eksklusif syarikatnya ke deposit mineral strategik negara.

Sejak kebelakangan ini, persaingan dua kuasa besar dalam sektor mineral kritikal global memainkan peranan besar dalam mencorak hala tuju pengurusan sumber strategik negara.

Amerika Syarikat, dalam Mesyuarat Mineral Kritikal yang dianjurkannya pada 4 Februari lalu mengumumkan rangka rangka kerja mineral kritikal dan memorandum persefahaman (MoU) dua hala yang baharu antaranya dengan beberapa negara Asia yang kaya dengan sumber mineral.

“Amerika Syarikat telah menandatangani sebelas rangka kerja atau memorandum persefahaman (MoU) mineral kritikal secara dua hala dengan beberapa negara, termasuk Argentina, Kepulauan Cook, Ecuador, Guinea, Maghribi, Paraguay, Peru, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Uzbekistan,” menurut Jabatan Negara AS. – State.Gov

Terdahulu, menjelang mesyuarat tersebut, Jabatan Negara AS telah meminta negara-negara yang hadir untuk berkomitmen menandatangani Draf Perjanjian Rangka Kerjasama bagi Sumber dan Pemprosesan Mineral Kritikal. – Clark Hill

Draf perjanjian tersebut meminta negara-negara yang terlibat untuk mengenal pasti dan menyokong projek utama dalam tempoh enam bulan yang mampu membekalkan bahan mentah kepada AS dan pembeli yang selari dengan kepentingan AS. – Clark Hill

Dokumen ini juga mencadangkan mekanisme seperti harga lantai bagi melindungi pengeluar tempatan daripada tekanan Beijing. – Clark Hill

“AS kemungkinan akan mendesak negara rakan kongsi untuk menandatangani perjanjian mineral yang memberi syarikat AS keutamaan, atau sekurang-kurangnya akses, kepada deposit mineral,” kata Raphael Deberdt, penyelidik pascadoktoral di Copenhagen Business School, kepada Al Jazeera. – Al-Jazeera

“AS juga dijangka akan menyusun semula rantaian bekalan mineral kritikal untuk menumpukan pemprosesan di wilayahnya sendiri dan wilayah negara sekutu,” kata Deberdt. – Al-Jazeera

Dalam tempoh lima bulan lalu, Amerika Syarikat menandatangani sepuluh lagi rangka kerja atau memorandum persefahaman (MoU) mineral kritikal, selain menamatkan rundingan dengan 17 negara lain mengenai perjanjian seumpamanya. – State.Gov

Tidak terkecuali, Malaysia juga terlibat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dan rangka kerja kerjasama dengan Amerika Syarikat pada 26 Oktober 2025 bagi mempelbagaikan rantaian bekalan mineral kritikal serta mempromosikan pelaburan dalam sektor strategik ini. – White House

Langkah ini berlaku ketika China terus mengukuhkan dominasinya dalam sektor mineral, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global.

China menguasai 70 peratus perlombongan unsur nadir bumi di seluruh dunia. – Al-Jazeera

Dengan monopoli ini, China mula mengehadkan eksport ke atas 12 unsur nadir bumi yang dimilikinya tahun lalu. – Al-Jazeera

Sekatan ini menyebabkan kelewatan pengeluaran dan penutupan kilang pengeluar automotif di Eropah dan Amerika Syarikat, selain lambakan litium dari China menangguhkan rancangan pengembangan pengeluaran di AS. – Al-Jazeera

Di Malaysia, China terlibat dalam semua aktiviti pengeluaran unsur nadir bumi dan sedang dipertimbangkan untuk menjadi negara pertama membuka kilang penapisan unsur nadir bumi di negara ini.

Disediakan oleh:
Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

**RADAR adalah produk pantauan berita harian IRIS yang memaparkan perkembangan berita-berita strategik dalam setiap bidang utama mengikut sudut pandang IRIS. Sebarang perbincangan dan persoalan boleh diajukan diruang komen atau pautan https://pertanyaaniris.wasap.my/, pihak IRIS akan cuba menjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Nafi Dakwaan Serah 5,207 Hektar Tanah, Tegaskan Kawasan Itu Di Bawah Wilayah Indonesia Sejak 1915

Related Posts

Langgan sekarang untuk terus membaca.

Dapatkan akses premium merangkumi berita, senario bidang-bidang utama yang dirumuskan dan laporan analisa khas.

Pakej Asas

RM200 / tahun

Pakej Perak

RM500 / tahun

Pakej Premium

Bermula RM1000