Matawang Rusia, Ruble Bakal Singkir US Dolar dan Euro – Putin

55e56944c4618861708b45d4

Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah menggubal satu rang undang-undang yang bertujuan untuk menyingkirkan dollar AS dan euro daripada perdagangan antara negara-negara CIS. Ini bermakna pasaran kewangan antara Rusia, Amenia, Belarus, Kazahkstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, dan negara-negara bekas Soviet Union akan disatukan.

“Ini akan membantu dalam meluaskan penggunaan matawang negara dalam pembayaran melibatkan perdagangan asing dan perkhidmatan kewangan sekaligus menghasilkan pra-syarat bagi pencairan yang lebih besar untuk pasaran mata wang domestik,” menurut satu kenyataan oleh Kremlin.

Rang undang-undang tersebut juga akan membantu dalam memudahkan perdagangan  dalam kawasan tersebut dan mencapai kestabilan makro-ekonomi.

Dalam rangka kerja Eurosian Economic Union (EEU), negara-negara tersebut juga telah berbincang tentang kemungkinan untuk beralih kepada mata wang negara. Menurut perjanjian antara Rusia, Belarus, Armenia dan Kazahkstan, peralihan wajib kepada mata wang negara (Ruble Rusia, Ruble Belarus, dram dan tenge) mesti dilaksanakan pada 2025-2030.

http://https://www.youtube.com/watch?v=hlyIuFJ9SVs

Hari ini, hampir 50 peratus hasil perolehan dalam EEU adalah dollar dan euro, yang mana akan meningkatkan kebergantungan union kepada negara-negara yang mengeluarkan kedua-dua mata wang tersebut.

Di luar CIS dan EEU, Rusia dan China turut mencuba untuk mengurangkan dominasi dollar. Pada Ogos lalu, bank pusat China telah meletakkan ruble Rusia ke dalam peredaran di bandar Suifenhe, wilayah Heilongjiang, lalu melancarkan satu program eksperimental yang melibatkan dua mata wang (yuan dan ruble). Ruble dibawa ke pasaran untuk menggantikan dollar AS.

Pada tahun 2014, Bank Pusat Rusia dan Bank Rakyat China telah menandatangani perjanjian pertukaran mata wang selama 3 tahun yang bernilai 150 billion yuan (lebih kurang $23.5 billion), yang membawa kepada peningkatan kerjasama kewangan antara kedua-dua negara tersebut. Keputusan untuk mengesahkan rang undang-undang yang digubal oleh Presiden Vladimir Putin kini bergantung kepada Duma, Dewan Rakyat Parlimen di Rusia.

 

Terjemahan: Shamimi Amlee

Sumber: RT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kepentingan Geostrategik dan Peranan Kuasa Asing dalam Konflik Syria

Next Post

Rusia Mahu Ibu Pejabat PBB Dipindahkan untuk Elak Dominasi Amerika Syarikat

Related Posts
Skip to content